Adakah kamu tahu bahawa Shah Rukh Khan (SRK) telah ‘menakutkan’ aktor Hrithik Roshan sebelum penggambaran filem mereka bermula?
Kejadian itu berlaku ketika penggambaran filem ‘Main Hoon Na’, apabila pengarah Farah Khan mendedahkan rancangannya untuk mengambil Hrithik berlakon bersama dengan SRK.

Bagaimanapun, reaksi Hrithik agak di luar jangkaan apabila ditawarkan filem tersebut. Farah menyatakan Hrithik takut untuk menerimanya kerana terpaksa bekerja dengan pelakon sebesar SRK.
“Pada masa itu, saya memberitahu Hrithik bahawa saya telah menulis skrip dan dia akan melakonkan watak muda dalam filem itu. Dia sangat bersemangat. Dia bertanya sama ada SRK akan berlakon dengannya, saya jawab, “Sudah tentu”.”

Akibat takut dan gentar untuk bergandingan dengan bintang besar seperti SRK, watak yang sepatutnya dipegang oleh Hrithik akhirnya diberikan kepada Zayed Khan.
Untuk rekod SRK dan Hrithik dilaporkan melayan satu sama lain dengan dingin di setiap majlis dan juga set filem ‘Kabhi Khushi Kabhie Gham’, di mana Hrithik telah ditandatangani terlebih dahulu sebelum debut besarnya.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.