GENBLUE, kumpulan gadis dinamik dari Taiwan, kini menggoncang dunia K-pop dengan pelancaran EP Korea pertama mereka, ACT LIKE THAT, disertakan dengan jelajah promosi di seluruh Asia, termasuk Malaysia.
Kumpulan Gadis Pertama Menembusi Korea
Kumpulan yang terdiri daripada XXIN, AYEON, YUAN, LILI, AYAKO, dan NICO ini mencipta sejarah sebagai kumpulan gadis pertama dari Taiwan yang menembusi pasaran album fizikal di Korea Selatan melalui EP ini.
EP ACT LIKE THAT mengandungi empat lagu yang meliputi pelbagai genre, dari lagu rancak hingga melodi yang menenangkan, termasuk lagu utama ACT LIKE THAT, OH!, SLOW DOWN, dan FEEL LIKE SPRING.
Sejak dilancarkan, EP ini dan video muzik ACT LIKE THAT yang menampilkan koreografi one-take, telah menjadi tular dalam talian.
Video Muzik Raih Perhatian Ramai

Video muzik ini mempamerkan sisi berani tetapi ceria GENBLUE, mencuri perhatian ramai.
Ditubuhkan di bawah label Taiwan, TEN Entertainment, GENBLUE mula terkenal selepas muncul dalam rancangan realiti NEXT GIRLZ pada tahun 2023.
Nama GENBLUE, gabungan perkataan Generation dan Blue, melambangkan semangat baru dan luasnya lautan.
Selepas latihan intensif bersama jurulatih dari JYP, YG, SM, dan HYBE, mereka debut di Korea dengan single COCOCO pada tahun 2024, dan meraih kemenangan K-POP Rookie Award di Korean Culture and Entertainment Awards.
Meningkatkan Kemahiran Berbahasa
Kini, GENBLUE semakin dikenali di Korea melalui persembahan muzik, acara tandatangan album, flash mob, kedai pop-up, serta kolaborasi foto booth.
Ahli kumpulan yang berbahasa Mandarin ini juga berusaha meningkatkan kemahiran bahasa Korea dan Inggeris untuk lebih dekat dengan peminat antarabangsa.
GENBLUE juga memberi bayangan kemungkinan acara istimewa untuk peminat jika video muzik ACT LIKE THAT melebihi 30 juta tontonan, dan peminat Malaysia boleh menyokongnya dengan menekan butang play!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.