Satu muat naik di Instagram milik pempengaruh media sosial, Kim Seri telah menjadi perhatian warga net.
Dalam hantaran tersebut, Kim Seri menafikan dakwaan yang mengatakan dia bercerai dengan bekas suaminya kerana mahu mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki Korea.
Dakwaan Berunsur Fitnah
Kim Seri menyifatkan dakwaan tersebut sebagai fitnah.
Melalui Insta Story, dia berkata bahawa dakwaannya bercerai dengan bekas suaminya untuk berkhawin dengan lelaki korea adalah lucu.
Bercerai sebab nak kahwin lelaki Korea? Lucu.
Dia ni berbulan-bulan lepas berpisah baru kenal.
Itu pun dia kesian tengok saya sambil kerja bawa anak-anak, tudung serabai, stokin lain sebelah. Terima kasih. Sila cuba lagi.
Memilih Untuk Berdiam Diri

Seri turut menegaskan bahawa dia lebih memilih untuk mendiamkan diri berbanding berkongsi cerita aib tentang rumah tangganya kepada umum.
Kisah rumah tangga?
Tak apa, saya tak kisah pun orang nak cerita apa dan fitnah apa.
Saya tetap senyap macam ini sahaja.
Saya tahu orang nak buat saya buka cerita, jaja aib sini sana.
Tapi, saya bukan orang macam tu.
Menurutnya, apabila seorang wanita berkongsi hal rumah tangganya, dia akan dianggap membuka aib dan meminta simpati.
Namun, apabila memilih untuk diam, tetap juga dia dipersalahkan.
Kim Seri mengajak orang ramai untuk berdamai dengan keadaan dan memahami bahawa hidup bukan hanya tentang jodoh.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.