Fikir Dua Kali Sebelum Tekan Suis! PETRA Kongsi Cara Terbaik Jimat Elektrik Dengan ToU

16 hours ago 8

Dalam keadaan harga tenaga global yang semakin tidak menentu, ramai rakyat Malaysia mula mencari cara lebih bijak untuk menguruskan bil elektrik bulanan. Jadi, tak hairanlah bila kerajaan kini semakin galak mengajak orang ramai beralih kepada skim Time of Use (ToU), satu pendekatan yang nampak teknikal, tapi sebenarnya mudah difahami kalau kita tahu caranya.

Menerusi kenyataan terkini, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) mendedahkan seramai 128,868 pengguna sudah beralih kepada skim ToU setakat Februari lalu. Angka ini bukan kecil, malah menunjukkan kesedaran rakyat tentang pentingnya penggunaan tenaga yang lebih efisien semakin meningkat.

Apa sebenarnya ToU ni?

Secara ringkas, skim ToU membahagikan waktu penggunaan elektrik kepada dua kategori utama waktu puncak dan waktu luar puncak. Di sinilah ‘game changer’ dia.

Waktu puncak biasanya berlaku pada hari bekerja, sekitar jam 2 petang hingga 10 malam, iaitu ketika permintaan elektrik berada pada tahap tinggi. Jadi, kadar tarif pun lebih mahal.

Sebaliknya, waktu luar puncak pula melibatkan tempoh seperti malam hingga pagi, hujung minggu dan cuti umum, di mana penggunaan elektrik lebih rendah dan kadar tarif juga lebih murah.

Di sinilah peluang untuk berjimat sebenarnya bermula.

Bijak ubah rutin, bil pun boleh turun

MURAI nampak konsep ini macam ‘timing is everything’. Kalau selama ini kita tak kisah bila nak guna mesin basuh atau cas peranti, mungkin sekarang masa untuk ubah sedikit rutin harian.

Menurut PETRA, antara cara paling praktikal untuk manfaatkan ToU adalah dengan mengalihkan penggunaan peralatan berintensiti tinggi ke waktu luar puncak. Contohnya:

  • Guna mesin basuh pada waktu malam
  • Cas kenderaan elektrik selepas jam puncak
  • Kurangkan penggunaan penghawa dingin pada waktu siang jika boleh

Nampak macam perubahan kecil, tapi kesannya boleh beri penjimatan yang signifikan dalam jangka masa panjang.

Lebih daripada sekadar jimat duit

Apa yang menarik, skim ToU ini bukan sekadar bantu kurangkan bil elektrik semata-mata. Dalam masa sama, ia juga membantu mengurangkan tekanan terhadap sistem bekalan elektrik negara, terutama ketika waktu puncak.

Pendekatan ini secara tak langsung menyokong penggunaan tenaga yang lebih mampan, sesuatu yang selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menitikberatkan kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar.

Kadang-kadang kita rasa nak berjimat itu susah, tapi sebenarnya ia bermula dengan perubahan kecil dalam rutin harian. Skim ToU ini ibarat ‘hack’ mudah untuk kawal bil elektrik bukan dengan kurangkan penggunaan semata-mata, tapi dengan guna tenaga pada waktu yang betul.

Jadi, mungkin lepas ini sebelum tekan suis, kita fikir dulu… sekarang waktu puncak atau luar puncak?

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |