Mengambil iktibar daripada pengalaman ramai mangsa, pengacara dan penulis lirik terkenal, Ahmad Fedtri Yahya menasihatkan agar individu yang pernah menjadi mangsa sihir tidak terlalu terbuka berkongsi perkembangan diri di media sosial selepas pulih. Menurut Fedtri, tindakan tersebut boleh mengundang bahaya kerana pelaku sihir dipercayai sentiasa memantau keadaan mangsanya dan berpotensi ‘menyerang’ semula dengan kekuatan lebih hebat.

“Kalau terkena sihir, jangan sesekali kongsi perkembangan diri sama ada sudah baik, sembuh atau belum dalam media sosial. Pelaku sihir sentiasa memantau. Jika dapat tahu kita sudah pulih, mereka mungkin akan menyerang semula dengan kekuatan berganda untuk melemahkan sasarannya. Sebab itu, lebih baik tak kongsi dan sembuh dalam diam,” katanya ketika muncul dalam program podcast Sembang Seram baru-baru ini.
Dalam perkongsiannya, personaliti berusia 44 tahun itu turut mengingatkan agar masyarakat tidak mudah terpedaya dengan kata-kata individu yang sedang dirasuk atau terkena sihir, kerana sering kali ia menjadi helah untuk menimbulkan permusuhan sesama manusia. Menurutnya, matlamat utama rawatan Islam adalah untuk menyembuhkan, bukan mencari pelaku sebenar.

“Perubatan Islam yang sebenar tidak akan mendedahkan siapa pelakunya kerana syaitan mahu menimbulkan permusuhan antara manusia. Bila tahu siapa yang kononnya melakukan sihir, manusia akan mula berdendam dan akhirnya berpecah-belah. Kadang-kadang orang yang dirasuk akan menyebut nama sesiapa sahaja, sedangkan tidak betul pun. Ada yang sanggup bermusuh hanya kerana disebut namanya, padahal itu tipu daya syaitan,” jelasnya.
Fedtri turut mendedahkan bahawa dalam pengalaman peribadinya menyaksikan proses rawatan gangguan, ada pesakit yang dirasuk mampu bertutur dalam pelbagai bahasa asing termasuk Korea dan Inggeris, namun gagal melafazkan dua kalimah syahadah ketika diminta.

“Saya pernah lihat orang dirasuk boleh menyebut pelbagai bahasa, tapi bila diminta ucap syahadah, mereka tak boleh. Itu menunjukkan betapa liciknya permainan syaitan sebab matlamatnya adalah mahu melihat manusia bergaduh,” katanya lagi.
Pesan Fedtri, jalan terbaik bagi mereka yang diuji dengan gangguan sebegini adalah berdiam diri, memperbanyakkan doa dan berubat secara tertutup — bukan menjadikan kisah itu tontonan umum di media sosial.

3 days ago
23

![[REVIEW] Antara Yang Menarik Saat Konsert Di Sebalik Aku: Hafiz Suip](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Disebabkan-para-peminat-yang-setia-Hafiz-Suip-kembali-bersinar-dan-kekal-berkarya.-🤍Hafiz-Suip-e1762489418374.jpg)

![[VIDEO] Nubhan Kongsi Momen Dengan Anak-Anak, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Nak Tunjuk Apa Sebenarnya?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/img_8206.jpg)











![[VIDEO] Syed Saddiq Buat Trend ‘Kacamata’, Netizen ‘Cemburu’!-“Ni Afgan Pun Kalah..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/c6353744-20b2-4437-bfe4-e6bc67986d55.jpg)
![[VIDEO] Telatah Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu ‘Birthday’ Sambil Potong Telur Buatkan Netizen Terrhibur](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-5.jpg)
![[VIDEO] Che Ta Ajar Aaisyah Basuh Pinggan & Cawan Ikut Susunan Raih Perhatian Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-4.jpg)
![[VIDEO] Fatima Mahu Daddy Baru, Akan Pilih Sendiri Jodoh Buat Fazura](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2146.jpeg)











![[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-17-1024x576.png)


![[VIDEO] “Darah Merecik Penuh, Kayu Balak Dah Sampai Muka, ”- Cerita Ifa Raziah Kemalangan Macam Final Destination](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-17-at-1.56.30-PM-scaled.png)




![[VIDEO] Kronologi Kes Shila Amzah & Amy Search: Dari Rehearsal, Netizen Keliru Sampailah Muncul Monolog ‘Heii Betina’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-14-at-11.53.40-AM.png)
![[VIDEO] “Guna Nama Anak Untuk Shopping” – Siti Nurhaliza Kantoi Banyak Berbelanja Online](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/siti-feat.png)

![[VIDEO] BCL Kembali Dengan Konsert ‘Cinta’ Luar Biasa Di KL Pada 27 September Ini, Harga Tiket Pre-Sale Hanya RM259!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/🌙✨-Biarkan-malam-berbisik-rahsianya-muzik-memeluk-jiwa-kamu…BCL-Eternal-Love-–-Timeless-Roma-e1752560636590.jpg)







![[VIDEO] Telatah Spontan Anak Bella Astillah Merangkul Leher Syed Saddiq, Netizen Terharu!-“Part YB Terkejut..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/6aa227e6-8744-42d9-b3c5-d33d2a6072f7-1.jpg)