Umum mengetahui pasangan pelakon, Fattah Amin bersama Nur Fazura telah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor pada 7 Oktober 2024. Mereka turut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya.
Tidak Diberi Peluang Bertemu Fatima?
Walaubagaimanapun, baru-baru ini Fattah Amin menerusi hantaran di Insta Stories seolah-olah memberikan bayangan dia tidak berpeluang untuk bertemu dengan Fatima biarpun sudah beberapa kali datang demi anak perempuannya itu.
“Dah beberapa kali Daddy datang tapi tak dapat jumpa Fatima.”-kongsi Fattah di Insta Stories
“Kesian Fatima Tak Sihat…”
Turut berkongsi tangkap layar sedutan video yang memaparkan Fatima sedang diberikan ubat kerana tidak sihat, Fattah Amin yang pilu melihat keadaan anaknya itu turut memohon doa orang ramai buat Fatima agar diberikan kesembuhan.
“Kesian Fatima tak sihat. Mohon doakan Fatima semua.”-tulis Fattah Amin lagi
Terdahulu, pernah tular satu video di media sosial, yang memaparkan Fatima menyatakan tidak menyayangi bapanya itu yang mencetuskan pelbagai reaksi serta kritikan netizen terhadap bekas isterinya itu.
Namun, Fattah kemudiannya mempertahankan Fazura dengan menyifatkan bekas isterinya itu telah pun membesarkan anaknya dengan baik.
Sekadar info, Fattah Amin dan Nur Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Nur Fatima Aisya.
Walaubagaimanapun, pasangan ini sah bercerai talak satu pada Oktober 2024.
Sama-sama kita doakan yang terbaik sahaja..Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.