Bincang Niaga Meriah Raya: Peluang Emas Untuk Usahawan Tempatan di TV AlHijrah!

11 hours ago 8

TV AlHijrah kembali lagi dengan program yang penuh makna – Bincang Niaga Meriah Raya!

Lebih Segar Dan Menyeluruh

via TV Alhijrah

Kali ini, lebih segar dan menyeluruh, program pengiklanan ini memberi ruang kepada usahawan Muslim tempatan untuk tonjolkan produk dan servis mereka kepada penonton seluruh negara.

Disiarkan secara langsung dari Studio TV AlHijrah dari 16 April hingga 16 Mei 2025, Bincang Niaga Meriah Raya fokus kepada pelbagai bidang: fesyen Muslimah, makanan halal, kecantikan, kesihatan, teknologi, pelancongan, servis digital dan juga perniagaan berkaitan umrah dan haji.

Tahun ini, tumpuan khas turut diberikan kepada usahawan industri umrah — selari dengan usaha TV AlHijrah memperkasakan ekonomi ummah.

Apa yang menarik? Program ini bukan sekadar iklan biasa, tapi platform lengkap untuk promosi berstruktur dan efektif.

Dua Stategi Utama

via TV Alhijrah

Dengan dua strategi utama – pakej pengiklanan mampu milik dan kempen lapangan yang disiarkan secara eksklusif, usahawan boleh tampil lebih yakin di kaca TV!

Selain promosi, rancangan ini turut menampilkan diskusi bisnes, isu ekonomi, serta kisah inspirasi daripada tokoh industri dan usahawan berjaya.

Pendek kata, sarat dengan ilmu dan semangat keusahawanan!

Menurut Saifulizan Sidek, Ketua Kumpulan Integrasi Media & Hal Ehwal Korporat TV AlHijrah, inisiatif ini adalah langkah strategik dalam membina jaringan sokongan.

Malah ia dapat menyemarakkan lagi semangat membeli produk tempatan.

Tonton di TV AlHijrah, media sosial rasmi atau layari tvalhijrah.com/bincangniaga untuk info lanjut. Jangan lepaskan peluang – sokong produk tempatan, sokong ekonomi ummah!

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |