Baru Diperkenalkan, Ini Harga & 3 Perbezaan BMW X3 30 xDrive M Sport Baharu Dengan Sebelumnya

8 hours ago 3

Kalau bercakap tentang SUV premium yang sentiasa jadi pilihan, nama BMW Group Malaysia memang tak pernah lari daripada radar. Terbaharu, mereka tampil dengan satu lagi model yang lebih “berisi” dalam keluarga X3 iaitu BMW X3 30 xDrive M Sport, sebuah varian spesifikasi lebih tinggi yang hadir selepas kejayaan versi X3 20 sebelum ini.

Apa yang menarik, model ini bukan sekadar naik taraf biasa. Ada beberapa perubahan ketara yang terus bagi vibe lebih sporty, lebih premium dan pastinya lebih berkuasa berbanding versi sebelumnya.

Peningkatan dari segi kuasa

Dari segi prestasi, inilah antara perbezaan paling jelas. BMW X3 30 xDrive M Sport Baharu kini dikuasakan enjin 2.0 liter empat silinder bersama teknologi hibrid ringan 48V. Hasilnya, jentera ini mampu menghasilkan sehingga 258 hp dan 400 Nm tork, sekali gus memberikan pecutan lebih pantas dan responsif. Kalau nak dibandingkan dengan model terdahulu, jelas terasa peningkatan dari segi kuasa dan kelancaran pemanduan. Sistem pacuan semua roda BMW xDrive pula memastikan cengkaman kekal mantap, menjadikan pemanduan lebih stabil tidak kira dalam apa jua keadaan jalan.

Perubahan reka bentuk

Dari luar, perubahan reka bentuk juga cukup mencuri perhatian. Model baharu ini tampil dengan gaya lebih berani dan agresif, terutamanya melalui kidney grille yang lebih besar lengkap dengan pencahayaan BMW Iconic Glow. Lampu utama LED adaptif yang diperkenalkan pula bukan sahaja nampak lebih moden, malah meningkatkan tahap penglihatan ketika memandu pada waktu malam. Ditambah pula dengan rim M Sport bersaiz 20 inci serta brek M Sport berwarna biru, keseluruhan penampilan nampak lebih eksklusif dan sporty berbanding model sebelumnya. Sekali pandang pun dah boleh bezakan mana versi lama, mana versi baharu.

Pengalaman Permanduan

Masuk ke bahagian dalaman, perubahan yang dibawakan memang buatkan pengalaman pemanduan terasa lebih premium. Kabin kini dilengkapi paparan melengkung BMW yang menggabungkan skrin 12.3 inci dan 14.9 inci, memberikan pengalaman digital yang lebih moden dan intuitif. Sistem Operasi BMW 9 turut diperkenalkan bagi memudahkan kawalan melalui sentuhan atau arahan suara. Selain itu, BMW Interaction Bar dengan pencahayaan ambien menambahkan lagi elemen futuristik dalam kabin.

Apa yang lagi menarik, varian ini turut memperkenalkan ciri baharu seperti kerusi dengan pengudaraan aktif dan sokongan lumbar, sesuatu yang tidak ditawarkan pada versi sebelumnya. Bumbung panorama, sistem bunyi Harman Kardon, serta kemasan dalaman premium pula menjadikan setiap perjalanan lebih selesa, sama ada untuk kegunaan harian mahupun perjalanan jauh.

Harga Dan Ketersediaan

BMW X3 30 xDrive M Sport Baharu : RM358,800.00
Termasuk Servis & Pembaikan Inklusif: RM386,700.00

BMW iX1 eDrive20L M Sport Serba Baharu:RM252,800.00
Termasuk Servis & Pembaikan Inklusif BMW*: RM268,600.00

Keseluruhannya, BMW X3 30 xDrive M Sport bukan sekadar sambungan kepada model terdahulu, tetapi satu evolusi yang lebih lengkap dari segi prestasi, gaya dan teknologi. Bagi mereka yang mencari SUV premium dengan keseimbangan antara keselesaan dan prestasi, model ini jelas memberi lebih nilai dalam setiap aspek.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |