Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas berkongsi pendapatnya mengenai kos persekolahan anak pada masa kini yang semakin mahal.
Ayda Jebat menerusi hantaran di Thread, menyatakan bahawa kos pendidikan tadika kini sudah mencecah harga sehingga ribuan ringgit berbanding zaman dirinya ketika masih kecil.
“Zaman sekarang ni, sekolah anak punyalah mahal. Dulu masa kita sekolah tadika kita dah rasa ‘mahalnya mama papa bayar’ sekarang beribu-riban harga.
Harga sebulan gaji orang. Kaya orang buat sekolah. Kalau yang murah sikit, sekejap masuk hospital pulak, sakit perut pulak, tandas kotor laa, lebam sana sini, itula ini laa.”-tulis Ayda Jebat di Thread

“Harga Tadika Macam Dah Nak Masuk U…”

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan kenyataan Ayda, malah ada yang berpendapat bagaimana sesetengah ibu bapa mempunyai anak yang ramai dengan peningkatan kos persekolahan anak-anak yang semakin mahal.
“Betul, lepas tu terfikir macam mana orang yang ada anak ramai.”
“You yang mampu pun rasa gini. Bayangkan ibu bapa gaji biasa-biasa pulak. Terpaksa berbelanja sebab tak ada option lain. Tadika biasa pun annual fee dah lebih 1k, monthly lebih RM600. Belum add-on lain-lain.”
“Sekolah tadika saya dulu RM50.00 sebulan siap makan sekali. Zaman sekarang je mahal kan.”
“Harga tadika macam dah nak masuk U.”
“Dulu sekolah tadika saya RM30.00 sebulan, pergi sekolah pakej makan. Bestnya dulu.”
“Penyakit boleh pilih ke nak berjangkit kat tadika mahal dan murah.”
“Setuju kak Ayda, tapi ramai pandang rendah dengan usaha kerajaan nak upgrade tandas sekolah. Kalau orang-orang ni tahu betapa daifnya tandas sekolah sampai ada yang lagi sanggup tahan buang air sampai ke rumah.”
Sekadar info, Ayda Jebat mendirikan rumah tangga dengan Nabil Mahir pada 1 Januari 2021. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ana Nayla dan Aali Mateen.

1 month ago
85

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)

![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)
