Sebelum ini, pasangan Datin Atikah Suhaime dan suaminya, Datuk Lokman Teh mula mendapat perhatian ramai selepas mengumumkan berita kehamilannya pada September 2024.
Ini terjadi setelah video mukbang yang dimuat naik di media sosial menimbulkan pertanyaan mengenai perubahan pada penampilannya.
Selamat Melahirkan Anak

Akhirnya, penantian yang penuh debaran akhirnya berakhir apabila pelakon Atikah selamat melahirkan anak sulungnya petang semalam di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya.
Bayi perempuan yang dilahirkan secara normal itu seberat 2.9 kilogram dan lahir pada pukul 5.17 petang.
Atikah, yang berusia 34 tahun, amat teruja dan bersyukur apabila akhirnya bergelar ibu.
Dalam hantaran tersebut Fattah turut memberitahu nama anaknya iaitu Lyla Mulan Teh.
Berkongsi Kepada Umum
Melalui hantaran di Instagram, Atikah mengungkapkan rasa terujanya,
Alhamdulillah. Anak mummy yang cantik.
Rasa sangat teruja dan tak sangka saya dah ada bayi.
Lega sangat sebab rasanya macam dah lama hamil
Beliau juga berkongsi video pertama kali melihat wajah anaknya selepas kelahiran, yang penuh dengan perasaan terharu dan bahagia.
Sekadar rekod, Atikah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Datuk Lokman Teh pada Januari tahun lalu.
Perkongsian kegembiraan Atikah di media sosial itu meraih perhatian daripada peminat dan rakan selebriti, yang turut mengucapkan tahniah kepada pasangan bahagia ini.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.