Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel tampil memberikan teguran terhadap jurulatih kecergasan sensasi, Tareq Fit yang meluahkan rasa kesal terhadap penyampai radio, Azad Jasmin yang menggelar ibunya sebagai pelayan pusat hiburan atau GRO.
Aeril Beri Teguran
Aeril menerusi hantaran di Thread, yang menjelaskan bahawa dia tidak menyokong tindakan Azad, namun menyifatkan perkara terlibat tidak akan berlaku jika Tareq tidak memulakannya terlebih dahulu.
”aku tak ada la sokong apa yang Azad cakap tu. Tapi benda tak akan terjadi kalau kau tak mula dulu. Kau pun nak tegur jangan libatkan ahli keluarga orang.
Haritu kau cakap aku dayus, isteri dan anak aku penyebar maksiat, kami masuk neraka, rexeki aku tak halal pun aku diam lagi.
Lagi satu, benda dekat DM setel dekat DM je tak perlu nak screenshot minta simpati kat orang luar.”- tegur Aeril kepada Tareq di Thread

Tareq Beri Respon!
Tidak berdiam diri, Tareq kemudian membalas teguran Aeril dengan menegaskan bahawa pelakon tersebut sememangnya dayus selain menayang aurat ahli keluarga secara dalam talian.
“Perkara benar memang pahit. Kau memang dayus bro, konten kau, hasil duit bila bini tabarruj haram. Kau Muslim tak tahu agama ke? Kau yang tayang aurat keluarga online so memang daysu layak.
Aku Alhamdulillah tak tayang autat keluarga aku online. Aku akan teruskan mencegah maksiat, especially bila lelaki tayang bini online, sama dengan kau dan dia. Aku tak fitnah, ni hakikat. Taoi bila kalah, fitnah mak orang GRO.
Geng-geng hiburan haram tak boleh harap pasal akhlak post sebab sah melampau, fitnah mak orang.”- balas Tareq

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi mereka, malah ada yang turut menegur tindakan Tareq yang disifatkan bersikap biadab dengan orang lain di media sosial.
”Alahai, bini awak pun cukur kening, sibuk mengata orang situ sana sini. Orang balas alik tunggang agama. Diam-diam sudah laa. Dah laa duduk datang tumpang negara orang, tu tempat asal awak pun tunggang- langgang.”
”Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Lemah.”
”Tapi kau pun banyak kurang ajar dengan orang jugak. Bahasa kau pun bukan elok sangat pun,”
Apa komen anda?

4 hours ago
7






![[VIDEO] Nur Nilam ‘Sound’ Netizen Isu Panggil Bekas Suami Azlan Komeng ‘Sayang’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/Feature-Image-2000-Px-PHIC-70.webp)


![[VIDEO] Janna Nick Hampir Di-‘Scam’, Suami Menyamar & Dakwa Azar Azmi Hidapi Kanser](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/picture-6.webp)



![[VIDEO] “Tidak Ditelan Usia”- Camelia Nyanyi Lagu Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim, Suami Pun Sporting Sekali!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/Feature-Image-2000-Px-PHIC-65.webp)


![[VIDEO] DSV Luah Rasa Terkejut Apabila Bertemu Kembali Dengan Iqbal Zulkefli-“Masa Ni Saya Terkedu…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/a6658e2c-2804-4664-bc4e-45617a6da635.webp)



















![[VIDEO] Leona Kongsi Keadaan Kereta Calar ‘Gesel’ Dinding Parking, Netizen Terhibur!-“Naik Kereta Kebal Je Laa.”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/93a02370-7602-44b5-bc9a-2762e864d6cc.webp)










![[VIDEO] Selepas Pokok Bunga, Aliff Syukri Jual Batu Pula- “300 Biji Sold Out!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/3-12.jpg)

