Perkongsian pelakon dan usahawan, Wawa Zainal mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru ini.
Wawa menerusi hantaran di media sosial dilihat berkongsi konten ‘fridge restock’ yang memuatnaik pelbagai jenis minuman,sambal, aiskrim, gula-gula dan buah-buahan dalam peti sejuk di kediamannya itu.
“Kebahagiaan mak-mak.”-kapsyen ringkas Wawa Zainal
@wawazainal92Replying to @Sun Glow Empire nahh ni lagi satisfying 💞
♬ original sound – WAWA ZAINAL – WAWA ZAINAL
“Banyaknya Minuman Tak Sihat…”
Walaubagaimanapun, perkongsian Wawa mencetuskan pelbagai reaksi netizen di ruangan komen, malah ramai yang berkongsi rasa bimbang melihat terlalu banyak minuman dan makanan tinggi gula yang akan menjejaskan kesihatan.
“Saya boleh nampak kenapa anak-anak dia mempunyai masalah gigi.”
“Banyaknya minuman tak sihat. Bukan ke your kids ada masalah gigi. Rasanya boleh kurangkan minuman tak berapa nak sihat. Boleh la sesekali merasa. Tapi bukan dihidang dan memang ada kat rumah banyak-banyak macam tu.”
“Chill, peti ais dia balance je. You guys nampak banyak, tak bererti diorang minum. Tengok berapa ramai dalam rumah, staff datang rumah, atau tetamu, kids ada datang. Mungkin ada meeting ke kat rumah. Kadang tak semua korang tengok dekat internet ni menentukan semua benda dan macam you guys kenal sangat dekat Wawa.”
“Takut kita tengok, dan sebagai influencer, saya rasa konten macam ni tak perlu sebab anda mendidik followers cara hidup yang sangat tak sihat.”
“Sedarlah wahai ibu bapa. Ini sebenarnya memudaratkan anak-anak. Not good at all for them. Kalau sayang anak, fikir-fikirkanlah.”
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.