Enam bulan membawa diri selepas berpisah kali kedua dengan Diana Danielle, pelakon dan pengarah Farid Kamil mengakui perjalanan hidupnya sebagai duda bukan sesuatu yang mudah. Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 44, berkata dia mengenali bekas isterinya sejak 19 tahun lalu, dan mencari pengganti bukanlah perkara yang senang. Namun begitu, dia tidak menutup pintu hati untuk menerima kehadiran orang baharu sekiranya ditakdirkan.

Farid mengakui ketika bercinta dan berkahwin dahulu, seluruh jiwa raganya diberikan sepenuhnya kepada Diana, membuatkan dia kini lebih berhati-hati untuk mengulangi perkara sama dalam fasa seterusnya. Seringkali lelaki dikatakan cepat ‘move on’, namun bagi bintang filem Lagenda Budak Setan itu, soal jodoh adalah ketentuan Ilahi. Katanya, ada wanita yang lebih dahulu berkahwin selepas bercerai, ada pula lelaki yang lambat. Semua itu bergantung pada jiwa dan matlamat hidup seseorang. Farid juga menegaskan perkahwinan tidak seharusnya dijadikan jalan keluar daripada rasa kesepian kerana ikatan itu menuntut pengorbanan lebih besar daripada sekadar mengisi kekosongan.

Sepanjang tempoh enam bulan hidup sendirian, Farid mengakui berdepan fasa sukar, namun memilih untuk melangkah ke arah baharu dengan membuka kedai motor elektrik yang diberi nama NeoFK di Setia Alam. Bagi Farid, setiap orang ada cara tersendiri untuk bangkit selepas jatuh, dan perniagaan itu adalah langkahnya untuk terus bergerak ke hadapan.

Farid dan Diana, atau nama penuhnya Diana Danielle Danny Beeson, 33, mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 12, dan Nur Aurora, 10. Pasangan ini pernah bercerai kali pertama melalui Google Meet pada 10 Ogos 2023, kemudian rujuk sebulan selepas itu. Namun, rumah tangga mereka sekali lagi menemui noktah apabila disahkan berpisah talak satu buat kali kedua pada 24 Mac lalu.

2 months ago
72

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)