Siapa sangka sate dan burger boleh jadi bestie? Itulah yang buat Datuk Aznil Nawawi a.k.a Pak Nil tersenyum lebar masa singgah ke pembukaan cawangan ke-44 Ahmad Fried Chicken (AFC) di Kota Warisan semalam. Sambil bergurau manja dengan media dan tetamu, Pak Nil terus bagi review padu tentang menu baharu mereka, Burger Sate.
“Burger Sate ini satu inovasi yang bagus. Rasanya unik, lengkap dengan kuah kacang yang sedap. Ia bukan sekadar burger, tapi pengalaman makan sate dalam bentuk moden. Malah, saya percaya ia boleh jadi kegemaran semua kaum termasuk pelancong dari Indonesia,” kata Pak Nil dengan penuh gaya.

MURAI yang turut hadir memang rasa proud habis! Bayangkan, restoran ayam goreng tempatan dah cecah 44 cawangan. Lagi menarik, majlis tu turut dihadiri pengasas AFC sendiri, Taufik Khairuddin, yang nampak cool walau sibuk melayan tetamu.

AFC sekarang dah ada lebih 24 menu bercita rasa tempatan, dari ayam goreng, nugget, burger hinggalah Burger Sate yang tengah jadi bualan. Taufik siap kongsi perancangan besar:
“Insya-Allah, tahun depan kami akan cuba buka outlet di luar negara, termasuk di Amerika Syarikat dan Mekah. Misi kami jelas, jadikan Ahmad’s simbol rasa, tradisi dan kebersamaan rakyat Malaysia, bukan sahaja di tanah air tetapi juga di pentas global.”
Oh ya, kalau kalian teringin nak jadi bos besar, peluang francais pun dah dibuka dengan kos permulaan sekitar RM990,000. Kira-kira sama harga beli rumah, tapi yang ni rumah ayam goreng!
MURAI yakin kalau Burger Sate ni kekal power macam yang Pak Nil rasa, tak mustahil AFC boleh pusing dunia. So, geng, jangan pelik kalau satu hari nanti korang jumpa Burger Sate ni kat New York atau… Mekah. Eh, amin!

2 months ago
90

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)