Nama penyanyi dan pempengaruh sensasi, Yazmin Aziz kembali menjadi perhatian ramai apabila kekasihnya, Simon Joseph Javier merancang satu kejutan istimewa sempena ulang tahun kelahiran Yazmin yang ke-24.
Kejutan Istimewa dari Simon Javier
Menerusi sebuah perkongsian video di TikTok, Simon yang juga seorang pencipta kandungan (content creator) dari Filipina, dilihat membuat persiapan rapi dengan membeli hadiah dan menghias bilik hotel khas untuk Yazmin.
Video tersebut memaparkan detik-detik manis yang mencerminkan kasih sayang mendalam antara mereka.
Kejutan itu bukan sahaja menyentuh hati Yazmin, malah turut mencuri perhatian ribuan pengikut di media sosial.
Luahan Cinta Dalam Bahasa Hati
via Instagram Simon Says VlogDalam hantaran tersebut, Simon turut meluahkan isi hatinya dengan menyatakan Yazmin adalah individu yang paling istimewa dalam hidupnya.
Selamat hari lahir buat cinta dalam hidup saya.
Saya bersyukur kepada Tuhan kerana hadirkan awak dalam hidup saya, dan saya berjanji akan melakukan yang terbaik untuk awak.
Saya takkan berhenti bersyukur kerana dapat mencintai dan dicintai oleh awak.
Saya akan sentiasa ada untuk menyokong awak dalam semua perkara.
Kita cipta kandungan bersama, tapi tiada apa yang lebih bermakna berbanding saat kita menjadi diri sendiri.
Awak bukan sahaja teman wanita saya, tapi juga sahabat karib dan bahagian terindah dalam hidup saya.
Saya tak sabar untuk menyambut lebih banyak hari istimewa bersama awak dan keluarga.
Saya cintakan awak sangat-sangat.
Ungkapan romantik itu nyata memberi kesan mendalam kepada para pengikut pasangan ini, memperlihatkan sisi hubungan yang penuh kasih dan keikhlasan.
Reaksi Netizen: Kagum dan Terkejut
via Instagram Simon Says VlogSelepas video itu dimuat naik, ia pantas meraih perhatian netizen yang memberikan pelbagai komen positif.
Ada yang memuji keakraban dan kejujuran hubungan mereka, namun apa yang paling mencuri tumpuan adalah reaksi terkejut netizen apabila mengetahui usia sebenar Yazmin.
Ramai yang menyangka beliau lebih berumur kerana penampilannya yang matang, profesional dan tenang.
Bukan itu sahaja, ada juga yang mempersoalkan mengenai cara pergaulan Yazmin dengan teman lelakinya serta pemilihan tempat sambutan hari lahir yang dilihat diadakan di hotel, yang menurut segelintir netizen kurang sesuai dan menimbulkan tanda tanya tentang batas hubungan mereka sebagai pasangan belum berkahwin.
Tetapi Jika dilihat kembali, ibu Yazmin turut bersama-samanya ketika mereka menyambut hari lahir tersebut.

2 months ago
75

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)