Genting Malaysia Berhad, di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bertemakan Genting Bersama Malaysia, memberi penghargaan istimewa kepada wira negara pada bulan Mei ini dengan menyampaikan tanda penghargaan kepada para guru dan anggota bomba serta pasukan penyelamat di kawasan sekitar Bentong dan Goh Tong Jaya.
Sempena sambutan Hari Guru dan Hari Bomba Sedunia, Genting Malaysia mengedarkan tiket percuma kepada individu-individu berdedikasi ini untuk menyaksikan konsert ulang tahun ke- 30 penyanyi lagenda tanah air, Ella, yang berlangsung pada 17 Mei 2025 di Arena of Stars, Genting Highlands.
Inisiatif ini mencerminkan penghargaan Genting Malaysia terhadap sumbangan tidak ternilai anggota bomba dalam melindungi keselamatan Masyarakat dan para guru dalam membentuk generasi masa depan.
Menurut Naik Presiden Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam, Resorts World Genting berkongsi rasa teruja apabila pihak mereka diberikan peluang untuk membalas jasa dan pengorbanan guru dan anggota bomba dalam bulan Mei ini.
“Kami amat teruja dan berbesar hati diberikan peluang memperingati dua hari istimewa dalam bulan Mei ini dengan membalas jasa dan pengorbanan mereka kepada negara.
Kami berharap mereka akan mendapat pengalaman yang penuh makna dan tidak dapat dilupakan bersama keluarga,” kata Spencer Lee, Naib Presiden Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam, Resorts World Genting.
Genting Bersama Malaysia adalah manifestasi komitmen jangka masa panjang syarikat Genting Malaysia dalam menyumbang kepada masyarakat melalui program komuniti dan inisiatif CSR, yang diharap akan memberi impak yang positif.
Inisiatif ini bukan sahaja mengiktiraf peranan penting wira-wira negara, tetapi turut menegaskan usaha Genting Malaysia dalam usaha menyemarakkan semangat komuniti dan kelestarian bersama.
Berjaya Pukau Lebih 4,000 Penonton!
Dalam pada itu, Ella USA 30th Anniversary Concert yang berlangsung di Arena Of Stars, Genting Highland ini berjaya memukau lebih 4,000 penonton yang hadir dari serata negeri untuk menonton persembahan Ratu Rock Negara ini.
Malah, konsert kali ini turut kembalikan nostalgia dengan kehadiran gitaris legenda Jepun, Kyoji Yamamoto dan beraksi dengan persembahan gitarnya menerusi beberapa buah lagu seperti Aku Kau Dia, Rindu, Penawar, Menanti, Nuri, PPP, serta Gemilang.
Kongsi Ella di atas pentas, pemain gitar yang juga penerbit album kelimanya, Ella USA ini telah memainkan peranan penting untuk penghasilan albumnya yang dirakamkan di California, Amerika Syarikat lebih tiga dekad lalu.
“Kyoji Yamamoto memainkan peranan besar dalam album Ella USA. Baru tiba pagi tadi dari Hawaii, singgah ke Tokyo dan terus ke sini (Arena of Stars) untuk anda.”-kata Ella
Pihak Murai Malaysia ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Pihak Genting Malaysia Berhad yang memberi peluang untuk kami bersama-sama meraikan wira negara pada bulan Mei ini menerusi Konsert Ulang Tahun Ke-30 Ella USA di Arena Of Stars, Genting Highland.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.