[VIDEO] Gelagat Anak Bella Astillah ‘Approved’ Syed Saddiq Sebagai Calon Suami Ibunya, Curi Perhatian Ramai!

2 weeks ago 32

Siapa yang tidak mengenali dengan pelakon dan penyanyi cantik satu ini, iaitu Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah.

Memulakan kerjayanya sebagai penyanyi semasa masih kecil bersama-sama adiknya Didi Astillah yang dikenali sebagai Anak-anak mutiara. Mereka berdua kini meneruskan kerjaya dalam industri seni tanah air dalam bidang lakonan.

Penyanyi kelahiran Sandakan Sabah ini telah dikurniakan 2 orang cahaya mata dengan perkahwinan terdahulu bersama bekas suaminya iaitu Aliff Aziz. Kini dikatakan bahawa Bella Astillah sedang hangat bercinta dengan pempengaruh dan ahli politik iaitu Syed Saddiq.

“Tak Dapat Interview Syed Saddiq Dengan Bella Astillah, Korang Interview Anak Dia Pulak Hahaha”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Betty Rahmad yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.4 juta, tanda suka sebanyak 124 ribu dan sebanyak 2,572 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Betty Rahmad yang menanyakan kepada anak Bella Astillah dimanakah keberadaan Syed Saddiq. Tambahnya lagi, Betty juga menanyakan adakah anak Bella Astillah ‘Approved’ Syed Saddiq dengan ibunya itu namun jawapan yang diberikannya meraih perhatian ramai.

@bettyrahmadali

Kita terjah Ayden 😍😂🚦 @Bella Astillah @Syed Saddiq #fyp #BASS

♬ Comedy Scenes – Comical, stupid, odd, lovely (Drumless)(1441321) – Ponetto

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka sangat setuju dengan jawapan yang diberikan oleh anak Bella Astillah itu.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |