Hadir Dengan Nama Pentas Baru, SAMSOL Lancar Single Solo Pertama “BORAK”

10 hours ago 8

SAMSOL, nama pentas baharu bagi Sam, vokalis utama kumpulan pop punk terkenal Malaysia, Bunkface, kini tampil berani sebagai artis solo dengan pelancaran single sulungnya yang berjudul “BORAK”.

Membawa Mesej Penting

via HMetro

Kini boleh didengari di semua platform penstriman digital.

“BORAK” merupakan sebuah lagu pop yang segar, catchy dan sarat dengan mesej penting.

Bukan itu sahaja, ia turut mengangkat kepentingan komunikasi terbuka dan kejujuran antara pasangan, sama ada dalam perkahwinan atau percintaan.

Saya tulis ‘BORAK’ sebab saya rasa sangat penting untuk pasangan, terutama yang sudah lama bersama, untuk terus bercakap secara jujur dan terbuka.

Kadang-kadang, borak yang paling simple pun boleh buat hubungan terus kuat.

“BORAK” menampilkan sisi yang lebih peribadi daripada SAMSOL, memperlihatkan kematangannya dalam berkarya dan berkongsi pandangan tentang realiti hubungan – suka duka, keikhlasan, dan betapa pentingnya berbicara dari hati ke hati.

Muzik Yang Lebih Matang

via Kopi Planet

Walaupun membawa semangat dan tenaga yang sinonim dengan Bunkface, projek solo SAMSOL mengetengahkan naratif yang lebih dewasa, menyentuh emosi sambil mengekalkan daya tarik muzik yang mudah diingati.

Pelancaran “BORAK” menandakan permulaan baharu bagi SAMSOL, menjanjikan perjalanan solo yang lebih mendalam, jujur dan menyentuh hati — namun tetap dengan sentuhan muzik yang segar dan dekat dengan jiwa pendengar.

Dengarkan “BORAK” di sini: https://samsol.lnk.to/BORAK

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |