[VIDEO] Apabila SRK Pernah ‘Melamar’ Priyanka Chopra- Psst… Ini Jawapannya

2 weeks ago 25

Khabar angin mengenai hubungan sulit antara Shah Rukh Khan (SRK) dan Priyanka Chopra sememangnya menimbulkan kekecohan. Apa yang membuatkan keadaan itu menjadi teruk adalah Gauri Khan hampir menceraikan aktor itu.

Tetapi siapa sangka sebelum kekecohan itu berlaku, SRK sebenarnya pernah ‘melamar’ Priyanka. Nak tahu ceritanya?

Foto – India Today

Sebelum khabar angin mengenai hubungan sulit mereka didedahkan kepada khalayak ramai, kenyataan SRK dalam suatu majlis telah kembali tular.

Kenyataan itu dibuat apabila SRK dijemput menjadi sebahagian daripada barisan juri untuk pertandingan Miss World. Dalam pertandingan itu, Priyanka adalah salah seorang peserta.

Mengimbas kembali kejadian itu, Priyanka yang berusia 17 tahun telah ditanyakan beberapa soalan oleh juri termasuklah SRK. Aktor itu kemudiannya bertanya siapakah calon suami yang akan dipilih oleh Priyanka- ahli sukan negara, usahawan artistik atau aktor seperti dirinya.

“Secara hipotesis, jika anda berkahwin dengan salah seorang daripada berikut, siapakah itu? Seorang ahli sukan India seperti Mohammad Azharuddin, atau seorang ahli perniagaan artistik atau bintang filem Hindi seperti saya?”

Foto – India Forum

Menjawab soalan tersebut, Priyanka memilih ahli sukan negara daripada pilihan jawapan yang diberi oleh SRK kerana dia berasa bangga dan gembira untuk menjadi sebahagian daripada kemenangan yang dibawa oleh suaminya kepada negaranya, India.

Bagaimanapun, dia juga bercakap tentang kriteria lelaki idamannya, dengan memasukkan ciri-ciri yang sama seperti SRK. Kenyataan lama SRK dan jawapan Priyanka ini kembali tular selepas mereka didakwa mempunyai hubungan sulit.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |