Drama Jika Cinta Itu Buta kini jadi sebutan ramai di media sosial, bukan saja sebab jalan ceritanya yang penuh emosi, tapi juga kerana lakonan mantap barisan pelakon hebat seperti Uqasha Senrose, Keith Foo, Trisha Ooi, Shah Jaszle dan Wan Norazlin.
Drama terbitan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. ini diarahkan oleh Uchee Fukada dan Nur Ain Sharif, dan kini sedang hangat ditayangkan di kaca TV. Dalam drama ni, Wan Norazlin memegang watak sebagai Puan Mastura, seorang ibu mentua yang garang dan tegas sampai ramai penonton pun “naik angin” setiap kali dia muncul di skrin. Tapi, di luar set sebenarnya, pelakon berpengalaman itu sangat penyayang dan mesra dengan semua orang.

Baru-baru ni, pelakon utama Uqasha Senrose berkongsi satu pesanan manis di Instagram khas buat Wan Norazlin. Dalam perkongsiannya, Uqasha menulis:
“Thank you my mama @wannorazlin_307. Gonna miss my mertua yang paling garang dalam dunia tapi mama you’re such a loving n kind person. So happy to work with you, you’re my the best mama, as PUAN MASTURA mama I salute you, sangat memberi sampai rasa ke tulang heehh.
But in reality you’re so loving n caring, always asked me ‘sihat anak mama? Hari ni dah makan belum?’ With all the nasihat n everything ❤️ till we meet again ma. The vibes u give me, I can’t deny, you’re being real and never once I feel awkward, sumpah! Hugs 🥰 love you my puan mastura.”
Ucapan itu jelas menunjukkan betapa rapatnya hubungan mereka di luar set penggambaran. Uqasha bukan saja menghargai kehebatan Wan Norazlin menjayakan watak ibu mentua yang tegas, tapi juga menyanjung kasih sayang dan keikhlasan pelakon senior itu di dunia sebenar.
Menariknya, Wan Norazlin juga membalas pesanan itu dengan penuh kasih sayang:
“Alhamdulillah… Aamin Aamin… tqsm @uqashasenrose2. Mama gonna miss u more my baby doll. U take good care too ye. Semoga Allah sentiasa merahmati dan melindungi Sha n family.”
Reaksi dua pelakon ini nyata mencuri perhatian netizen yang tersentuh dengan keakraban mereka, walaupun di layar kaca hubungan mereka digambarkan tegang. Ramai juga memuji keserasian lakonan antara Uqasha dan Wan Norazlin, yang berjaya membuat penonton benar-benar “hidup” dalam cerita Jika Cinta Itu Buta.
Nampaknya, walaupun watak Puan Mastura tu garang di skrin, di belakang tabir kasih sayang tetap mengalir, membuktikan betapa profesional dan berhati besar kedua-dua pelakon hebat ni.
Kalau anda belum tengok lagi Jika Cinta Itu Buta, memang rugi, sebab bukan saja jalan ceritanya menyentuh hati, tapi juga chemistry pelakonnya memang “real deal”!

2 weeks ago
54

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)



































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
