Sosialbuzz kalini kita kupas dunia motorsport tempatan yang digemparkan dengan satu kejutan besar apabila sebuah Nissan Skyline R34, yang sebelum ini merupakan milik Nurul Nabilah Aliah Hazman atau Bella, isteri kepada YouTuberr popular Muhammad Aliff Irfan Aziki atau Alif Irfan, disahkan telah dibeli oleh pihak Choi Motorsport iaitu Muhammad Faris Azri Md Hanif atau lebih dikenali sebagai Choi untuk dijadikan hadiah utama cabutan bertuah bagi acara Malaysia Modifier Festival.
Ya, betul kereta kesayangan yang pernah “viral” dalam dunia JDM Malaysia itu bakal bertukar tangan melalui tiket lucky draw, menjadikan ia antara hadiah paling rare dan bernilai tinggi pernah ditawarkan dalam mana-mana acara automotif tempatan.
@farisazriiAlhamdulillah Sold NISSAN SKYLINE R34 ALIEFF BELLA Dijadikan Lucky Draw Untuk MALAYSIA MODIFIGHTER FESTIVAL !
♬ original sound – Faris Azri Nakal – Faris Azri Nakal
Kereta “Bini Alif Irfan” Jadi Rebutan, Bernilai Ratusan Ribu, Kondisi Tip-Top
Pengumuman hangat itu dibuat sendiri oleh Choi, figura utama yang menggerakkan Choir Motorsport. Dalam sesi live, Faris menegaskan bahawa Skyline milik Bella dalam keadaan sangat baik dan dijaga rapi, siap di modifikasi keseluruhan mengikut spesifikasi milik Brian O’ Conner dalam siri Fast and Furious dengan spesifikasi yang menjadi buruan peminat JDM.
Netizen Terkejut Nilai Hadiah “Cecah Ratus Ribu”, Siap Risau Kalau Nama Naik Tapi Tak Hadir Event
Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen terkejut dengan dengan hadiah-hadiah yang di tawarkan. Antara komen yang mendapat perhatian ialah daripada seorang pengguna yang berseloroh bahawa nilai hadiah lucky draw sahaja sudah mencecah hampir RM400,000, sekali gus mengakui betapa “gila” permainan dunia modifikasi kali ini.
“Hadiah luckydraw je dah dekat 400k, ada gila mainan ni hahaha”
Seorang lagi netizen pula melontarkan persoalan yang kerap ditanya peminat, kerisauan sekiranya pemenang mungkin terlepas peluang jika tidak hadir ke lokasi festival.
“Beli baju, nombor lucky dipanggil tapi tak ada kat event, kira macam mana?”
Via Tiktok/ @choiimotorsport_Malaysia Modifier Festival: Tumpuan Besar Awal Tahun
Acara gergasi Malaysia Modifier Festival bakal berlangsung dari 1 hingga 4 Januari 2026 bertempat di Perkarangan Stadium, Batu Kawan, Pulau Pinang dengan penyertaan nama-nama besar dari Johor, Kuala Lumpur dan seluruh Malaysia malah peminat modifikasi akan disajikan dengan auto show, drift, konsert, serta pelbagai lagi aktiviti menarik
Via Tiktok/ @choiimotorsport_Festival ini bukan sekadar pameran, ia bakal jadi pentas komuniti modifikasi berkumpul, berinteraksi dan menyaksikan pelbagai lebih 20 jenis kereta paling legend dan sporty ini bakal diserahkan kepada pemenang bertuah
Untuk makluman anda, pelancaran koleksi pakaian terbaharu Choir Motorsport, Six Collection (V6), yang telah pun dilancarkan secara rasmi pada 10 Disember 2025, tepat jam 9 malam di platform sosial media tiktok rasmi mereka.
Setiap pembelian satu helai baju V6 turut disertakan bersama dua tiket cabutan bertuah sekali gus membuka peluang kepada pembeli untuk merebut Nissan Skyline R34 milik Bella dan pelbagai lagi jenis kereta yang ditawarkan kini menjadi sebutan hangat dalam komuniti JDM tempatan.
Antara 5 Kereta Paling Panas Diumumkan
Choi menyebut lebih 20 buah kereta akan ditawarkan sebagai hadiah cabutan bertuah bahkan semua kereta terebut merupakan kategori poster car, ‘kereta majalah’ yang menjadi idaman peminat tegar antaranya ialah:
- 1st Prize – Nissan Skyline GT-R R34, Livery Fast & Furious Brian O’Conner
- 2nd Prize – Honda Civic EK9 (Hatchback), Modified, warna kuning, ikon hot hatch JDM.
- 3rd Prize – Honda Integra DC5 Type R, Model cult favourite dalam dunia track & touge.
- 4th Prize – Mitsubishi Lancer Evolution 9 (Evo 9), Antara generasi Evo paling dicari penggemar turbo AWD.
- 5th Prize – Subaru Impreza WRX STI, Spesifikasi rally, casis GD, rival abadi Evo bagi peminat WRC.
Via Tiktok/ @choiimotorsport_Kesemua hadiah yang diumumkan setakat ini membuktikan bahawa Modifighter Festival bukan sekadar acara kereta biasa malah festival yang betul-betul all-in, memberi pulangan besar kepada komuniti. APA pun Murai ucapkan Tahniah siapa yang bakal menang nanti.

1 day ago
9






![[VIDEO] Lelaki ‘Serang’ Ariana Grande Dihalau Dari Konsert Lady Gaga- “Saya Diusir Sebelum Show”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/7-2.jpg)



![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)



![[VIDEO] Foto ‘Pre-Wedding’ Erra Fazira & Mr E Curi Perhatian Peminat-“Mereka Layak Bahagia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/369ee4ae-935d-4824-8c79-dd3fee6c2773.jpg)

![[REVIEW] Honor Magic 8 Pro: Peranti Yang Buktikan ‘Flagship’ Tak Semestinya Mahal](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/WhatsApp-Image-2025-12-10-at-17.44.56-e1765360503181.jpeg)
![[VIDEO] Leona Raih Perhatian Berjoget Dalam Kereta Sambil Layan Muzik ‘Jedag Jedug’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-1.png)




















![[VIDEO] MARITIM MALAYSIA Jelaskan Kenapa Rumah Atas Laut Isarb Ditahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/540770577_1273593738142062_1033622294631970058_n.jpg)



![[VIDEO] Aksi Noor Kartini Peluk Jefri Nichol Tuai Kecaman- “Dah Terbiasa Life Bebas”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/3.jpg)





![[VIDEO] Peminat Terkejut Dengar Erra Fazira Menyanyi Lagu Dangdut](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-35.jpg)
