Syida Melvin Dedah Sikap Sebenar Suami?- Tak Sangka Kena Jadi Pengemis Dalam Syarikat..”

13 hours ago 7

Pelakon dan usahawan, Syida Melvin tampil mendedahkan sikap sebenar suaminya, Syafiq Azim Shaheen yang didakwa bersikap narsisistik sehingga dia dinggap seperti pengemis dalam syarikat bersama.

Syida menerusi hantaran di Insta Stories, menceritakan bahawa dia ‘dikejar’ oleh pihak bank disebabkan tindakan suaminya yang tidak membuat sebarang bayaran terhadap rumah kelamin mereka sedangkan dia dan anak-anak terpaksa tinggal di rumah keluarga.

“Duduk rumah kelamin (aku & kids tak stay situ) Rumah nama aku, 2 bulan dia duduk tak bayar. Bank chase aku hari2.

Dia duduk rumah besar sorang-sorang, aku & anak-anak stay merata rumah family sebab dalam proses bercerai, aku hanya bayar duit rumah itu sampai bulan yang aku & anak-anak sahaja duduk. Dah pesan banyak kali, masih buat tak tau.”- dedah Syida di Insta Stories

“Suruh Bayar Hutang Company Yang Guna Bawah Nama Aku..”

Tambahnya lagi, Syida mendedahkan bahawa dia turut dizalimi oleh suaminya yang tidak mahu menyelesaikan tunggakan hutang syarikat yang didaftarkan atas namanya itu.

“Tak sangka betul eh aku Kena jadi pengemis dalam company yang ada nama aku yang aku letak duit modal untuk siapkan business.

Leburkan harta-harta hanya untuk nak ada modal buat bisnes sampai siap & beroperasi sampai sekarang. Tak ambil gaji banyak bulan, kalau ada pun sangat sikit amount, tapi macamni eh aku dapat

Suruh bayar hutang company yang guna bawah nama aku tertunggak berbulan-bulan, tak bayar. Mintak bayar buat online transaction baik-baik, tak buat. Credit card tu ada la selit-selit belanja untuk anak-anak, belanja untuk rumah, majority installment utk barang company. Masih taknak bayar ya.”-tambah Syida

Sebelum ini, Syida Melvin telah memfailkan cerai terhadap suaminya, Syafiq Shaheen sejak Disember tahun lalu.

Syida mendirikan rumah tangga dengan Syafiq Shaheen pada 19 Januari 2019. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajeeda, dan Serhan Isa.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |