Kalau kamu nak tahu ‘Kabhi Khushi Khabie Gham’ boleh dikatakan salah satu filem Bollywood kegemaran ramai sehingga sekarang. Tetapi di sebalik kejayaan filem ini, ada ‘drama’ yang berlaku di sebalik tabir yang melibatkan Shah Rukh Khan (SRK) dan Hrithik Roshan.
Nak tahu apa drama mereka?

Sekiranya kamu tak tahu, awal tahun 2000-an ialah masa SRK mengalami beberapa kegagalan dalam filemnya. Pada masa yang sama, Hrithik pula seorang pelakon baru dan berjaya menempah nama dalam industri selepas membuat penampilan sulungnya dalam filem.

Digelar sebagai superstar Bollywood seterusnya, kejayaan Hrithik sebagai pelakon baru yang popular telah menjejaskan persabahatannya dengan beberapa pelakon terutamanya SRK, Kajol, Jaya dan Amitabh Bachchan.
Akibatnya mereka menjauhkan diri daripadanya ketika penggambaran ‘Kabhi Khushi Kabhie Gham’.

Walaupun ramai pelakon filem itu tidak menyokong dan menjauhkan diri daripada Hrithik, pengarah Karan Johar cuba membuatnya berasa selesa serta tersenyum di set penggambaran.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.