Bakal Ditayangkan, “KUDRAT 1968: High Council” Siap Ada Koleksi Kolaborasi Dengan Christy Ng!

1 hour ago 4

Teka-teki teraju utama filem “KUDRAT 1968: High Council” terjawab selepas Astro Shaw memperkenalkan pelakon Zarif Ghazzi, Mierul Aiman, Akmal Asyraf, Dai Fuad, Evertts Gomes dan Chech Harith sebagai penyambung legasi francais popular High Council.

Ia telah mencetuskan gelombang spekulasi di kalangan penonton dan peminat apabila pelbagai teori mula muncul tentang bagaimana kisah ini akan membentuk permulaan dunia High Council serta merungkai hubungan di antara setiap watak.

Di bawah arahan Zulaikha Zakaria bersama pengarah muda Khairi Asyraff, kesemua persoalan bakal terjawab bermula 11 September menerusi siri premium Astro Originals dengan empat episod sebelum filem berada di pawagam di seluruh Malaysia tahun ini.

KUDRAT 1968: High Council

Pertama kali di Malaysia, penonton diperkenalkan dengan pendekatan baharu iaitu satu cerita dua format. Perancangan dan penggambaran siri, serta filem “KUDRAT 1968” dilakukan dalam satu tempoh yang sama, begitu juga dengan tempoh tayangan yang berterusan.

Strategi ini bukan sahaja menawarkan pengalaman penceritaan yang lebih meluas kepada penonton, malah memperkenalkan satu rangka pemasaran baharu di mana siri berperanan sebagai medium untuk membina keterujaan, memperkenalkan dunia cerita serta mendekatkan penonton sebelum pengalaman sinematik filem “KUDRAT 1968: High Council” di pawagam.

Bagi melangkah ke dunia High Council, barisan pelakon lain turut diperkenalkan seperti Zamarul Hisham, Nabila Huda, Datuk Seri Eizlan Yusof, Aziz M. Osman, Aleza Shadan, Yasmin Hani, Rusdi Ramli, Muzayyin Mahyuddin, Johnny Gillett, Jebat Zulfar, Balkisyh Semundur Khan, Umar Shakur, Nix Wong, Mokhtar Mohsin, Zarul Zaidee.

Kolaborasi KUDRAT 1968 x Christy Ng

“KUDRAT 1968: High Council” juga mencipta kolaborasi strategik bersama jenama fesyen tempatan, Christy Ng, memperkenalkan koleksi eksklusif Christy Ng X KUDRAT 1968 yang menampilkan beg dan stokin edisi khas terhad dengan menggabungkan elemen fesyen dan penceritaan dalam satu pengalaman gaya hidup.

Koleksi kolaborasi ini boleh didapati di kesemua kedai dan laman web Christy Ng.

“KUDRAT 1968: High Council” akan ditayangkan di Astro Ria (Saluran 104) dan Astro Citra (Saluran 108) setiap Jumaat, jam 9.00 malam bermula 11 September. Pelanggan juga boleh menonton episod lebih awal pada jam 12 tengah malam melalui Sooka atau Astro X3.

Thumbs

Thumbs

1

Hearts

Hearts

2

Haha

Haha

2

Star

Star

5

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |