Hubungan Salman Khan dan aktres seperti Sangeeta Bijlani, Aishwarya Rai hingga Katrina Kaif telah pun diketahui ramai. Tetapi aktres-aktres tersebut bukanlah punca sebenar kenapa Salman belum berkahwin sehingga ke hari ini.
Kalau kamu nak tahu, Salman pernah mendedahkan nama aktres yang membuatkan dia masih single sehingga ke hari ini dalam rancangan realiti ‘Big Boss’. Dan aktres itu tidak lain tidak bukan adalah aktres veteran yang cantik Rekha.

Dalam rancangan itu, Salman mendedahkan bahawa semasa dia masih remaja, dia berasa sangat kagum dengan Rekha. Bukan apa, aktres itu mempunyai rupa yang sangat jelita dan juga seksi!
Mereka yang turut tinggal di kejiranan yang sama dan juga jiran, telah membuatkan Salman pernah tidur di atas tembok rumahnya dan bangun pada pukul 5.30 pagi untuk melihat Rekha berjalan pagi.

Bukan itu sahaja, Salman juga mendedahkan dia turut menyertai kelas yoga Rekha bersama rakan-rakannya. Dia juga memberitahu semua orang bahawa dia akan berkahwin dengan Rekha apabila dia dewasa.
Malah dia juga mengatakan Rekha puncanya kenapa dia masih belum berkahwin sehingga ke hari ini.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.