Dunia hiburan Bollywood bukan sahaja ‘menyajikan’ kisah cinta di layar perak, tetapi juga kisah percintaan yang penuh dengan drama dan kontroversi di sebalik tabir.
Daripada kisah cinta segi tiga hinggalah kisah cinta yang mengejutkan, berikut MURAI kongsikan lima kisah cinta paling ikonik Bollywood yang masih lagi jadi bualan ramai sehingga ke hari ini.
1. Boney Kapoor & Sridevi
Aktres popular Bollywood, Sridevi telah berkahwin dengan Boney Kapoor yang ketika itu masih memegang status suami kepada Mona Kapoor. Hubungan antara Sridevi dan Boney bermula apabila aktres itu tinggal bersama dengan keluarga Kapoor.
Foto – India TodayDia juga dilaporkan telah hamil sebelum berkahwin dan skandal ini telah merosakkan imej Sridevi di mata umum walaupun pasangan ini berkahwin.
2. Salman Khan & Aishwarya Rai
Pada awal 2000-an, hubungan Salman Khan dan Aishwarya Rai menjadi topik paling hangat. Kedua-duanya menjadi lebih rapat selepas filem ‘Hum Dil De Chuke Sanam’. Tetapi sayangnya hubungan mereka akhirnya bertukar menjadi toksik.
Foto – Times of IndiaDalam salah satu temu bual, Aishwarya mengaku bahawa dia telah mengalami penderaan emosi dan fizikal. Perpisahan mereka meninggalkan parut dan membuka perbincangan umum tentang keganasan dalam hubungan selebriti.
3. Amitabh Bachchan & Rekha
Cinta segi tiga paling lagenda Bollywood iaitu Amitabh Bachchan, isterinya Jaya Bachchan, dan Rekha. Walaupun tidak pernah diakui secara rasmi, hubungan Amitabh dan Rekha menjadi perbualan ramai sejak filem ‘Silsila’.
Foto – The News InternationalRekha juga dilihat memakai sindoor dan mangalsutra, mencetuskan spekulasi bahawa mereka telah berkahwin secara rahsia. Sehingga hari ini, kisah ini kekal sebagai salah satu misteri terhangat dalam industri perfileman India.
4. Hrithik Roshan & Kangana Ranaut
Hubungan yang bermula sebagai khabar angin di set penggambaran filem, akhirnya bertukar menjadi drama undang-undang untuk Kangana Ranaut dan Hrithik Roshan.
Foto – MasalaKangana telah menggelar Hrithik sebagai “bekas kekasih” tetapi aktor itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan menyaman aktres itu atas tuduhan memfitnah.
5. Shahid Kapoor & Kareena Kapoor
Kisah cinta yang sangat romantik pada awal tahun 2000-an tak bertahan lama apabila aktres Kareena Kapoor telah jatuh cinta pada Saif Ali Khan semasa penggambaran filem ‘Tashan’.
Foto – FilmibeatPerpisahan antara Kareena dan Shahid menjadi perbualan ramai dan menariknya mereka digandingkan semula dalam filem ‘Udta Punjab’ walaupun tidak berkongsi satu babak bersama.
Kongsikan dengan MURAI, kisah percintaan selebriti manakah lagi yang mengandungi drama dan penuh kontroversi?

3 months ago
159













![[VIDEO] “Hari Pertama Jadi ‘Bahan Assignment’?”- Pesakit Dikerumuni Pelajar Perubatan Undang Tawa Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/Untitled-A2-Landscape-3.webp)























![[VIDEO] Isaac Raees Teruja Dapat Tengok Binatang Di Zoo Taiping-“Jenuh Nak Layan 2 Anak”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-17.jpg)




![[VIDEO] Anak Dara Bella Astillah Menari Di Depan ‘Eiffel Tower’, Curi Perhatian Netizen!-“Ara Macam Mak Dia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/04fc9a52-2eb9-4c44-8331-40dff8120702.jpg)
![[VIDEO] Gelagat Anak-Anak Scha Al-Yahya Main Alat Muzik, Curi Perhatian Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-24.jpg)

![[VIDEO] “Tak Mudah Untuk Berdiri Atas Label Sendiri, Kepuasan Dalam Berkarya”-Aina Abdul](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/IMG_1082.jpeg)

![[VIDEO] Ayah Amira Othman Hadiahkan Alunan Piano Di Majlis Resepsi Perkahwinannya..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-16.jpg)

