Kalau pernah ke Colmar Tropicale, perkara pertama yang buat orang terhenti sekejap ialah suasananya yang terasa lain daripada tempat percutian biasa di Malaysia. Dengan bangunan gaya Eropah dan cuaca sejuk tanah tinggi, resort ini seakan membawa pengunjung ke sebuah perkampungan lama di Perancis.
Dibuka pada tahun 2000, Colmar Tropicale diinspirasikan daripada bandar Colmar di wilayah Alsace, Perancis, hasil idea Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kemudiannya direalisasikan oleh Tan Sri Dato’ Seri Vincent Tan melalui Berjaya Corporation Berhad.
Terletak di Berjaya Hills, Pahang, resort ini turut menggabungkan elemen seni bina daripada kampung-kampung lama di sekitar Alsace seperti Riquewihr, Turckheim dan Kaysersberg, sekali gus menjadikannya antara destinasi percutian bertema Eropah yang unik di Malaysia.
Pilihan Penginapan Selesa
Colmar Tropicale mempunyai sebanyak 235 bilik dan suite yang direka untuk memenuhi keperluan pelbagai jenis tetamu. Terdapat sembilan kategori bilik yang ditawarkan iaitu:
Bilik mesyuarat untuk 12 orang turut disediakan, manakala extra bed tersedia tertakluk pada ketersediaan.
Setiap bilik dilengkapi kemudahan asas untuk keselesaan penginapan, selain menawarkan pemandangan alam semula jadi yang mendamaikan. Resort ini juga menyediakan bilik mesyuarat dan kemudahan jamuan bagi acara korporat serta majlis peribadi.
Pilihan Restoran & Kafe
Pengalaman percutian di Colmar Tropicale tidak lengkap tanpa menikmati pelbagai pilihan makanan yang ditawarkan di sini.
- Le Blason: Menyajikan hidangan Malaysia dan antarabangsa serta bufet barbeku setiap hari Sabtu, dan turut menjadi lokasi utama sarapan pagi
- La Flamme: Menawarkan menu pasta, pizza dan hidangan Barat dalam suasana santai
- Le Poulet Roti: Menyediakan pelbagai pilihan hidangan ayam serta masakan tempatan dan antarabangsa
- La Boulangerie Café: Menyediakan aneka pastri, pencuci mulut dan minuman panas
- Ryo Zan Tei: Membawa cita rasa Jepun dalam suasana hutan hujan yang tenang
- Veggie Nature Café: Sesuai untuk pengunjung yang menggemari menu berasaskan sayur-sayuran segar tanpa racun perosak.
Tarikan & Aktiviti Menarik
Colmar Tropicale bukan sekadar tempat penginapan, malah menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi untuk semua peringkat umur.
1. Equestrian (Menunggang Kuda)
via Instagram @colmartropicaleBerjaya Hills Horse Trails menawarkan pengalaman menunggang kuda merentasi bukit, hutan dan laluan semula jadi. Aktiviti ini dikendalikan oleh jurulatih profesional dengan pelbagai baka kuda seperti Quarter Horse, Appaloosa dan Palomino. Antara pakej yang ditawarkan termasuk Jungle Ride, Golf View Ride, Creek & River Ride serta Picnic Ride.
2. Adventure Park
via Instagram @colmartropicaleBagi pengunjung yang gemarkan aktiviti lasak, Adventure Park menyediakan pelbagai cabaran seperti:
- Flying Fox sepanjang lebih 1 kilometer
- Canopy Walk setinggi 15 meter
- Paintball Warfare
- Rock Climbing
- High Rope Obstacle Course
Aktiviti-aktiviti ini sesuai untuk individu, keluarga dan juga aktiviti berkumpulan.
3. Rabbit Park
via @colmartropicaleRabbit Park merupakan tarikan mesra keluarga yang membolehkan pengunjung berinteraksi dan memberi makan kepada arnab yang dilepaskan bebas. Terdapat juga taman permainan kecil serta kemudahan asas untuk keselesaan pengunjung.
4. 9D Motion Adventure
via @colmartropicaleTarikan ini menawarkan pengalaman simulasi bergerak dengan grafik realistik dan tempat duduk bergetar. Ia sesuai untuk hiburan ringkas bersama rakan dan keluarga, dengan harga tiket bermula sekitar RM20 seorang.
5. Japanese Village
via @colmartropicaleJapanese Village menawarkan suasana tenang dengan taman landskap Jepun, rumah teh dan kemudahan spa. Pengunjung juga boleh menyarung kimono sambil menikmati persekitaran hijau yang mendamaikan, sesuai untuk mereka yang ingin berehat dan melarikan diri seketika daripada kesibukan harian.
6. Golf di Berjaya Hills Golf & Country Club (BHGCC)
via Instagram @colmartropicaleBerjaya Hills Golf & Country Club terletak pada ketinggian kira-kira 2,500 kaki dari paras laut dan dikelilingi kehijauan hutan hujan. Padang golf 18 lubang ini pernah tersenarai sebagai antara 20 Padang Golf Terbaik di Malaysia dan telah menjadi lokasi beberapa kejohanan berprestij. Reka bentuknya sesuai untuk pemain pelbagai tahap sambil menawarkan suasana permainan yang tenang dan selesa.
Colmar Tropicale menawarkan pengalaman percutian yang berbeza dengan gabungan seni bina Eropah, alam semula jadi dan pelbagai aktiviti rekreasi. Sama ada untuk percutian singkat, percutian keluarga atau sekadar ingin menikmati suasana sejuk tanah tinggi, resort ini kekal sebagai antara destinasi pilihan di Malaysia.

12 hours ago
7













![[VIDEO] “Hari Pertama Jadi ‘Bahan Assignment’?”- Pesakit Dikerumuni Pelajar Perubatan Undang Tawa Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/Untitled-A2-Landscape-3.webp)























![[VIDEO] Isaac Raees Teruja Dapat Tengok Binatang Di Zoo Taiping-“Jenuh Nak Layan 2 Anak”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-17.jpg)




![[VIDEO] Anak Dara Bella Astillah Menari Di Depan ‘Eiffel Tower’, Curi Perhatian Netizen!-“Ara Macam Mak Dia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/04fc9a52-2eb9-4c44-8331-40dff8120702.jpg)
![[VIDEO] Gelagat Anak-Anak Scha Al-Yahya Main Alat Muzik, Curi Perhatian Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-24.jpg)

![[VIDEO] “Tak Mudah Untuk Berdiri Atas Label Sendiri, Kepuasan Dalam Berkarya”-Aina Abdul](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/IMG_1082.jpeg)

![[VIDEO] Ayah Amira Othman Hadiahkan Alunan Piano Di Majlis Resepsi Perkahwinannya..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-16.jpg)

