AirAsia ‘Kunci’ Harga Rendah Musim Perayaan, Ini 3 Hal Yang Ramai Tak Perasan Tapi Penting

1 day ago 9

Setiap kali musim perayaan, isu harga tiket kapal terbang sentiasa menjadi topik yang mendebarkan. Ramai yang terpaksa menangguhkan rancangan balik kampung kerana tambang terlalu tinggi. Tahun ini, AirAsia hadir dengan berita yang mampu mengubah suasana. Inisiatif tambang tetap GongxiRaya, yang memberi peluang sebenar untuk rakyat kembali ke pangkuan keluarga.

Jika anda sedang merancang perjalanan pulang untuk Tahun Baharu Cina atau Hari Raya, ini tiga perkara penting yang perlu anda tahu.

1. Lebih 31,000 Tempat Duduk Tambang Tetap, Rezeki Dua Perayaan Serentak

AirAsia melancarkan tambang tetap khas untuk Tahun Baharu Cina dan Hari Raya secara serentak. Ini bukan promosi kecil, tetapi satu usaha besar dengan 1,578 penerbangan dan lebih 31,000 tempat duduk yang ditawarkan pada harga tetap.

Menteri Pengangkutan, YB Loke Siew Fook menyambut baik langkah ini dan menegaskan keutamaan kerajaan ialah memastikan rakyat boleh pulang ke kampung dengan tambang mampu milik.

Bagi anak perantau yang jarang balik kerana harga tiket tidak menentu, inisiatif ini benar-benar membawa kelegaan. Tahun ini, perjalanan pulang tidak lagi sekadar angan-angan.

2. Tambang Tetap RM328 dan RM398,Harga Yang Melegakan Ramai

AirAsia menawarkan tambang tetap yang dianggap antara paling berbaloi untuk musim perayaan.

Tahun Baharu Cina (13 – 24 Februari 2026)

  • RM328 sehala ke Sarawak
  • RM398 sehala ke Sabah

Tempahan dibuka sehingga 24 Februari 2026.

Hari Raya Aidilfitri (18 – 26 Mac 2026)

  • RM328 sehala ke Sarawak
  • RM398 sehala ke Sabah

Tempahan dibuka sehingga 26 Mac 2026.

Harga ini sudah termasuk semua caj yang berkaitan. Tiada kejutan di halaman pembayaran. Bagi mereka yang pernah rasa terbeban, terutama warga Sabah dan Sarawak yang bekerja di Semenanjung, harga ini sangat melegakan. Ramai akhirnya boleh merancang awal dan benar-benar pulang pada musim yang sangat bermakna ini.

3. Elakkan Kesibukan Musim Perayaan: Check-In Awal dan Sedia Lebih Awal

Supaya perjalanan lebih lancar, AirAsia mengingatkan beberapa langkah penting:

  • Lakukan check-in awal melalui airasia.com atau aplikasi AirAsia MOVE, hingga 14 hari sebelum berlepas
  • Gunakan pas masuk elektronik untuk mengurangkan masa menunggu
  • Tiba awal di lapangan terbang
  • Kaunter bagasi dibuka tiga jam sebelum penerbangan antarabangsa, dan dua jam sebelum penerbangan domestik

Musim perayaan adalah waktu paling sibuk di lapangan terbang. Persiapan awal boleh mengelakkan tekanan dan memastikan perjalanan lebih tenang. Inisiatif tambang tetap AirAsia bukan sekadar tawaran perjalanan mampu milik. Ia adalah peluang untuk ramai orang memperbaiki hubungan, menyambung rindu, dan kembali merasai suasana kampung yang sudah lama ditinggalkan.

Dalam tempoh tiga tahun, AirAsia telah menyediakan lebih 137,000 tempat duduk tambang tetap. Tahun ini, usaha itu diteruskan dengan lebih besar dan lebih inklusif. Bagi MURAI, ini lebih daripada sekadar tiket, ini adalah peluang untuk pulang, berkumpul, dan merayakan dua perayaan besar dengan penuh makna.

Jika anda belum menempah, inilah masa terbaik untuk lakukannya.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |