Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula kita dengar tentang kuih-kuih tradisional negeri ini seperti wajik, kuih sopang atau minuman unik Air Janda Pulang. Hakikatnya, Negeri Sembilan turut menyimpan pelbagai hidangan manis yang kaya dengan rasa dan warisan, namun kurang mendapat perhatian ramai.
Kuih-kuih tradisional ini bukan sahaja enak, malah mencerminkan identiti budaya masyarakat setempat yang diwarisi turun-temurun. Berikut tiga hidangan rare dari Negeri Sembilan yang mungkin ramai rakyat Malaysia belum pernah cuba.
1. Wajik
via @Che NomSiapa yang tidak pernah mendengar lagu raya Suasana Hari Raya dendangan Anuar Zain dan Elina? Bait lirik “wajik dan dodol jangan lupakan” sering menjadi sebutan setiap kali musim perayaan menjelma.
Wajik merupakan sejenis pulut manis yang dimasak bersama santan dan nisan kelapa, sering dihidangkan kepada tetamu ketika musim perayaan dan majlis kenduri. Teksturnya yang lembut dan rasa manis berlemak menjadikan wajik antara kuih tradisional yang digemari ramai.
Selain wajik biasa, terdapat juga wajik durian yang cukup terkenal, terutamanya ketika musim durian. Gabungan pulut manis dan aroma durian yang kuat menjadikan versi ini antara yang paling laris dan diminati.
2. Kuih Sopang
via @MyResipiKuih Sopang pada asalnya dikenali sebagai Kuih Sepang, namun seiring dengan dialek tempatan Negeri Sembilan, namanya diolah sehingga menjadi Kuih Sopang.
Kuih ini diperbuat daripada tepung pulut, santan, gula enau dan sedikit garam, dengan inti kelapa parut muda. Cara memasaknya pula unik, dikenali sebagai “rebus”, iaitu kaedah tradisional yang tidak menggunakan pengukus moden, sebaliknya dimasak dalam kuali bertutup menggunakan lapik kayu.
Jika dikukus bersama santan, rasanya lebih lemak dan manis, menjadikannya antara kuih yang mudah buat orang jatuh cinta sejak suapan pertama.
3. Air Janda Pulang
via facebook @AnCasa Resort, Port Dickson by AnCasa Hotels & ResortsSelain kuih, Negeri Sembilan juga mempunyai minuman tradisional yang unik iaitu Air Janda Pulang, atau turut dikenali sebagai Air Jando Pulang.
Namanya mungkin kedengaran pelik, namun rasanya cukup menyegarkan. Minuman ini diperbuat daripada air kelapa muda dan gula melaka, menjadikannya pilihan sesuai untuk menghilangkan dahaga, terutamanya ketika cuaca panas.
Rasa manis semula jadi dan kesegarannya menjadikan Air Janda Pulang antara minuman tradisional yang wajar dicuba sekiranya berkunjung ke Negeri Sembilan.
Secara keseluruhan, kuih-kuih dan minuman tradisional Negeri Sembilan ini membuktikan bahawa negeri ini bukan sahaja terkenal dengan hidangan berasaskan cili api, malah kaya dengan sajian manis yang unik dan penuh nilai warisan.
Bagi pencinta kuih tradisional, inilah antara hidangan rare yang wajar diberi perhatian dan dicuba sekurang-kurangnya sekali.

23 hours ago
8












![[VIDEO] “Hari Pertama Jadi ‘Bahan Assignment’?”- Pesakit Dikerumuni Pelajar Perubatan Undang Tawa Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/Untitled-A2-Landscape-3.webp)
























![[VIDEO] Isaac Raees Teruja Dapat Tengok Binatang Di Zoo Taiping-“Jenuh Nak Layan 2 Anak”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-17.jpg)




![[VIDEO] Anak Dara Bella Astillah Menari Di Depan ‘Eiffel Tower’, Curi Perhatian Netizen!-“Ara Macam Mak Dia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/04fc9a52-2eb9-4c44-8331-40dff8120702.jpg)
![[VIDEO] Gelagat Anak-Anak Scha Al-Yahya Main Alat Muzik, Curi Perhatian Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-24.jpg)

![[VIDEO] “Tak Mudah Untuk Berdiri Atas Label Sendiri, Kepuasan Dalam Berkarya”-Aina Abdul](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/IMG_1082.jpeg)

![[VIDEO] Ayah Amira Othman Hadiahkan Alunan Piano Di Majlis Resepsi Perkahwinannya..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-16.jpg)

