Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

1 day ago 9

Siapa sangka, sebuah tasik yang sebelum ini hanya dikenali oleh penduduk tempatan kini menyimpan keindahan luar biasa? Lubuk Mandi, atau lebih popular dengan nama Tasik Pepsi Blue, bukan sekadar cantik dipandang mata, tetapi juga ada sejarah tersendiri.

Dahulu, kawasan ini terkenal dengan aktiviti mendulang emas dan menjadi tumpuan penduduk setempat. Namun, beberapa tragedi seperti tanah runtuh dan kemalangan telah menghentikan aktiviti tersebut, menjadikan kawasan ini larangan dan hanya dikunjungi dengan berhati-hati.

Kini, kerajaan Terengganu merancang untuk mengubah Lubuk Mandi menjadi destinasi pelancongan baharu yang menarik, mirip seperti Kawah Putih di Bandung, Indonesia , tasik semula jadi yang terbentuk daripada letusan gunung berapi dan kini menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia.

@matadarilangit94

Ce deme tolong tengok ngelasst tu bakpe ye tiber2 berombok gitu tasik tu .. belah bawah kanan video ni .. bakpe gitu ye? 📍Tasik Pepsi Blue Marang #matadarilangit #dji #drone #view #marang #terengganu #tasik #thejaggatscafe

♬ Oceans – Cam Noble & Kaia Kingsley

Menurut hantaran di Tiktok di akaun @matadarilangit94, Tasik Pepsi Blue memukau dengan warna air biru kehijauan yang luar biasa, membuatkan sesiapa yang melihatnya pasti terpesona dan tidak lepaskan peluang merakam gambar berlatarbelakangkan tasik.

Lokasinya yang dekat dengan Kuala Terengganu menjadikan ia sangat mudah diakses. Pengunjung hanya perlu melalui “jungle trekking” selama lima hingga 10 minit untuk sampai ke kawasan atas tasik, sambil menikmati kehijauan hutan sekitarnya.

Laluan trekking ini juga akan dinaik taraf bagi memastikan pengalaman berjalan lebih selesa dan selamat. Tambahan pula, berdekatan tasik terdapat kawasan perumahan, jadi jalan untuk ke sini sudah baik dan sesuai untuk semua jenis kenderaan.

Keselamatan & Pemeliharaan Sejarah

Kerajaan juga menekankan aspek keselamatan. Pagar akan dipasang di kawasan berbahaya dan kemudahan lain akan disediakan supaya pengunjung boleh menikmati keindahan tasik tanpa risau.

Usaha ini bukan sekadar untuk menarik pelancong, tetapi juga memastikan sejarah dan identiti kawasan ini kekal terpelihara.

via Facebook @BernamaRadio

Selain keindahan alam semula jadi, Tasik Pepsi Blue juga membawa aura nostalgia kepada penduduk tempatan yang masih ingat zaman mendulang emas di sini.

Dengan perancangan yang rapi, Lubuk Mandi dijangka akan menjadi tarikan pelancongan utama Terengganu, menggabungkan pengalaman santai, fotografi, dan sedikit adventure untuk sesiapa yang sukakan alam semula jadi.

Kalau kalian peminat alam dan suka lokasi Instagrammable, Tasik Pepsi Blue adalah salah satu destinasi yang wajib dimasukkan dalam senarai tempat menarik di Terengganu. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri warna airnya yang biru kehijauan, udara hutan yang segar buat rasa tenang, dan keunikan tasik yang hampir pupus ni memang jarang boleh ditemui.

Tasik Pepsi Blue memang destinasi yang wajib diterokai kalau nak pengalaman alam yang lain daripada biasa!

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |