[VIDEO] Telatah Fatima Ambil Suntikan Ditemani Fazura Raih Pujian Netizen…

17 hours ago 8

Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan Fazura yang menemani Fatima untuk mendapatkan suntikan, Fazura juga sempat menanyakan kepada Fatima adakah beliau sudah bersedia atau ada berasa gementar. Namun jawapan yang diberikan fatima mencuit ramai hati kerana beliau merupakan seorang kanak kanak yang cerdik dan kuat.

Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa tidak menyangka Fatima kini telah besar dan mampu berbual-bual bersama ibu tercintanya itu.

”semoga allah memberi kesihatan yang baik untuk adik fatima sayang”

”makin besar makin cantik laa fatima”

”cutenya fatima semoga lekas sembuh”

”semoga diberikan kesembuhan buat nyamma”

”cepat sembuh fatima sayang, sedih tengok fatima sakit sebab selalu beliau ceria sahaja”

@fariza_zairul

#fazura #nurfatimaaisya #fyp #farizazairul #viral

♬ original sound – Fariza Zairul – Fariza Zairul

Info tambahan, Fazura merupakan seorang pelakon dan juga penyanyi, beliau yang berasal dari Negeri Pahang itu telah mewujudkan satu jenama pakaian dan tudung yang pada mulanya khas buat peminat-peminat tersayang. Namun tidak dijangka keluaran tudungnya laris dan menjadi barang hangat untuk dipasarkan.

Selain sibuk dengan menjaga anak dan perniagaannya, Fazura juga kini aktif sebagai penyanyi. Fazura mengatakan bahawa dirinya amat meminati lagu-lagu ketuhanan dan kerohanian, terutamanya hasil ciptaan dari penyanyi, penulis lirik dan komposer asal Indonesia iaitu Ahmad Dhani.

Kini Fazura hanya menumpukan perhatiannya kepada anak dan perniagaannya sahaja tanpa memikirkan soal jodoh selepas sah bercerai dengan bekas suaminya itu.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |