Model dan pelakon, Sharifah Haneesya meluahkan rasa terharu apabila dapat bertemu dan bekerja dengan salah seorang pelakon hebat, Nabila Huda, baru-baru ini.
Sharifah Haneesya atau nama penuhnya Sharifah Haneesya Hanee Syed Dahlan menerusi hantaran di Instagram, menceritakan bahawa Nabila Huda telah memberi inspirasi kepada untuk menjadi seorang pelakon selain mempunyai tona kulit yang serupa dengannya.
“Bertemu dengan individu yang beri inspirasi kepada saya untuk menjadi seorang pelakon. Saya lihat lakonannya dalam filem Bohsia pada 2009 dan saya berusia 9 tahun ketika itu.
Saya melihat wanita cantik ini yang mempunyai tona kulit yang sama dengan saya, just acting her heart out and there’s me at 9 dia ni style dowh 🤣.”-kongsi Sharifah Haneesya di Instagram
“Saya Terpukau Dengan Auranya…”

Terpukau dengan aura pelakon filem Telaga Suriram ini, Sharifah Haneesya menceritakan bahawa dia akui rasa kelu dan menangis terharu apabila bertemu dengan Nabila yang dikaguminya sejak dia berusia sembilan tahun.
“Fast forward in 2025, di sini saya berdiri dan memegang individu yang bertahun saya lihat di TV yang beri inspirasi kepada saya untuk lakukan apa yang saya suka hari ini merupakan momen yang tidak dapat dilupakan.
Saya terpukau dengan auranya, saya kelu, sangat segan dengan dia OMG. Saya malah menangis 😂, saya terlupa untuk ucapkan terima kasih kepada Nabila Huda kerana terus menjadi dirinya.
Satu penghormatan besar bekerja dengan awak hari ini dan bertemu dengan awak adalah perkara yang paling indah.
I am going to manifest us acting together soon hopefully! Aamin.”-kongsi Sharifah Haneesya lagi
Sekadar info, Sharifah Haneesya sebelum ini dikenali sebagai Haneesya Hanee. Namun dia kini mengubah untuk menggunakan nama penuhnya Sharifah Haneesya untuk memulakan lembaran baru dalam kariernya sebagai pelakon dan model.

2 hours ago
5
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)







![[VIDEO] Edry KRU Kongsi Momen Duet Dengan Juliana Banos, Sempat Dedikasikan ‘Sehidup Semati’ Buat Isteri](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/784529be-6f4d-41e6-86ef-598b3d133b15.jpg)
![[VIDEO] Aksi Afwa ‘Kenyit Mata’ Dekat Siti Nurhaliza Buatkan Peminat Tak Keruan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2306.jpeg)
![[VIDEO] Peminat Terharu Lihat Wany Hasrita Sanggup Menyanyi Dalam Hujan…-“We Love U”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2304.jpeg)




























![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
