Pelawak, Shahrol Shiro sebelum ini meluahkan rasa bimbang terhadap isterinya, Nor Farhanah bersama anak lelaki mereka, Iskandar Rizqi yang sebelum ini terkandas di Hatyai disebabkan banjir kilat yang melanda bandar itu sejak Jumaat lalu.
Terkini, Shahrol menerusi hantaran di Instagram memaklumkan bahawa isterinya kini telah selamat keluar dari Thailand, namun mengalami masalah kesihatan sehingga terpaksa dimasukkan di salah sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
“Dari Sabah semalam terus ke hospital jumpa isteri. Keluar dari Thailand beliau diberi ujian kesihatan. Suprise kan i sampai
@shahrol.shiroDari Sabah semalam terus ke hospital untuk jumpa isteri. Keluar dari Thailand beliau diberi ujian kesihatan. Surprise kan i sampai @Anna Danisha 😂 Semoga cepat sembuh sayang 🤲
♬ original sound – Shahrol Shiro – Shahrol Shiro
“Dengan Aku Sekali Gelak Lepas Tengok Isterinya Gelak..”
Di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa agar isterinya diberikan kesembuhan, malah ada yang merasa ‘bimbang’ jika Shahrol tersilap hospital selepas insiden tersalah hantar anaknya ke sekolah lain.
“Aku pun dah berderau takut salah hospital pulak, haritu salah sekolah anak 😂.”
“Dengan aku sekali gelak lepas tengok isterinya gelak.”
“Terhibur, walau sakit, semoga cepat sembuh.”
“Ghisau kalah salah hospital tu 😂.”
“Aduh terus jadi sihat dah tengok perangai laki dia 😂.”
“Part dia kata ‘ke aku salah hospital’, terus aku tergelak. Terus teringat, tersalah sekolah, tersalah masuk kereta 😂.”
“Best kan jenis partner giving macam ni.”
“Yang laki suka buat kelakar. yang bini suka gelak, memang sekufu.”
“Kita kalau sakit, jumpa orang yang boleh buat kita gelak auto rasa sihat. Semoga cepat sembuh ya.”
Sekadar info, Shahrol Shiro berkahwin dengan wanita pilihan hatinya, Nor Farhanah Syamimi pada 17 Mac 2016. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Iskandar Rizqi.
Shahrol turut mempunyai seorang lagi anak lelaki hasil daripada perkahwinan terdahulu, yang bernama Muhd Adam Danish.
Apa komen anda?

3 months ago
126


![[VIDEO] Aksi Selena Gomez Cium Kaki Suami Buat Peminat Rasa ‘Kembang Tekak’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/picture-.webp)












![[VIDEO] Sajat Menari Seksi, Undang Teguran Netizen!-“Bulan Puasa Ni, Kamu Tu Islam…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-30.webp)































![[VIDEO] Leona Kongsi Keadaan Kereta Calar ‘Gesel’ Dinding Parking, Netizen Terhibur!-“Naik Kereta Kebal Je Laa.”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/93a02370-7602-44b5-bc9a-2762e864d6cc.webp)

![[VIDEO] Lelaki Pukul Isteri Selepas ‘Kantoi’ Curang, Alasan Penyondol Buat Ramai Mengekek- “B Tu Brother La”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/3.jpg)