Pempengaruh dan usahawan sensasi, Prince Syed mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas dilihat terlantar di salah sebuah pusat perubatan, baru-baru ini.
Menerusi video yang dimuatnaik oleh kakak kepada Prince Syed iaitu Syarifah Shah, memaparkan keadaan adiknya yang kini sedang dirawat di sebuah pusat perubatan selain menitipkan doa agar Prince Syed diberikan kesembuhan.
“Semoga adikku cepat sembuh. Kuat hadapi dugaan dan cabaran Prince Syed. Terima kasih kawan-kawan yang mendoakan.
Adik iparku Fatin Alhamdulillah dah keluar wad, moga semuanya sihat-sihat.”-kongsi Syarifah Syah di TikTok
@queen_syarifahSemoga adikku cepat sembuh.. Kuat hadapi dugaan dan cabaran@Prince Syed Couture Tq kawan2 yg mendoakan…Adik iparku Fatin Alhamdulillah dah keluar wad..moga semuanya sihat2..
♬ Sad song by piano and violin(886018) – NOVA
“Syed Ni Kariah Mana? Boleh Dah Prepare Apa Patut…”
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi mereka, malah ada yang menyifatkan ia adalah waktu yang tepat untuk ditidurkan oleh pihak doktor.
“Kiteorang kerja hospital kenal sangat muka buat-buat sakit dengan muka cari penyakit 😂.”
“Pandangan dia nampak kosong dah tu, adakah tak lama lagi.”
“Fatin bangun pi toilet, dia pun baring dan memulakan aksi lakonan, kakak dia tukang rakam. Hahaha gigih.”
“Dah nampak hidung jatuh tu 😂.”
“Dr tolong tidurkan dia.”
“Dia pun nak juga.”
“Mekap on point.”
“Dia tengok bini dia ramai kesian kan sebab sakit, la dia pun sakit.”
“Syed ni kariah mana? Boleh dah prepare apa patut.”
“Nampak macam teruk je, minta Dr tidurkan je dulu.”
Sebelum ini pernah tular satu video yang memaparkan ibu mentua kepada pempengaruh dan usahawan, Prince Syed yang mendakwa dia telah melarikan anak perempuannya, Fatin selain dikatakan telah mendesaknya untuk menjalani pembedahan bariatrik (pembedahan perut).
Malah, turut memaparkan keadaan Fatin yang sedang duduk di atas katil sebuah pusat perubatan yang memohon orang ramai untuk mendoakan dirinya agar diberikan kesembuhan dengan cepat selain menyatakan bahawa dia bakal dibenarkan pulang ke rumah dalam masa terdekat.
Apa komen anda?

1 month ago
46


![[VIDEO] Neera Azizi Bakal Timang Anak Perempuan, Sempat ‘Gender Reveal’ Di Hadapan Kaabah!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/ead24a6b-f409-43cf-b941-a9243a0d28cf.jpg)










![[VIDEO] Reaksi Mr. E Dipuji Ibu Erra Fazira Cuit Hati Ramai- “Kemain Muka Bangga, Untunglah”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/9-1.jpg)

![[VIDEO] Syada Luah Trauma Nak Bercinta, Shila Amzah Titip Nasihat- “Sayang Diri Kita Dulu”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/5-7.jpg)

![[VIDEO] Rakan Selebriti Titip Kata Semangat Buat Elyana Kembali Berjuang Lawan Kanser](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/0f818463-9a11-4a31-bee0-8e7760c288db.jpg)

















![[VIDEO] MARITIM MALAYSIA Jelaskan Kenapa Rumah Atas Laut Isarb Ditahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/540770577_1273593738142062_1033622294631970058_n.jpg)



![[VIDEO] Aksi Noor Kartini Peluk Jefri Nichol Tuai Kecaman- “Dah Terbiasa Life Bebas”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/3.jpg)






![[VIDEO] Peminat Terkejut Dengar Erra Fazira Menyanyi Lagu Dangdut](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-35.jpg)


