Baru-baru ini, pengacara terkenal Malaysia iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi telah membuatkan warganet terkejut dengan pendedahannya di sebuah podcast.
Menerusi podcast yang dihoskan oleh Aidid Marcelo, Aznil atau lebih gemar disapa sebagai Pak Nil mendedahkan bahawa Imam Besar Masjid Negara menegurnya berkenaan program hiburan yang pernah dikendalikannya suatu ketika dahulu.
Pak Nil mendedahkan teguran itu dibuat ketika Imam Besar Masjid Negara memberi khutbah Jumaat di Masjid Negara.
“Dia (Imam Besar Masjid Negara) kata, remaja kita telah dipesongkan dengan program-program hiburan tempatan yang terkinja-kinja. Layak dilihat sebagai program yang membawa anak-anak muda terpesong dari segi akidah dan membawa ke neraka jahanam.”
Untuk pengetahuan semua, khutbah tersebut disiarkan secara langsung ke seluruh Malaysia melalui siaran stesen televisyen RTM. Teguran melalui khutbah itu membuatkan Pak Nil yang ketika itu tidak mendirikan solat Jumaat dan berada di pejabat, telah menjawab banyak panggilan telefon.
“Lepas itu, “Trut.. trut.. trut” (bunyi telefon). Saya pun angkat, “Boleh bercakap dengan Aznil?”. Saya kata, “Aznil pergi solat jumaat”. Kemudian pemanggil cakap, “Oh, Islam. Tahu dia pasal solat? Bagitau dia nama program kau dengan nama dia dah naik dah dekat khutbah Jumaat. Puas hati aku, memang lama aku nak cakap pasal benda ni”.”
@aididitmywayTeguran dari imam besar Masjid Negara #Aididitmyway #podcast #aznilhajinawawi #podcastclips #realtalk #fyp
Walau bagaimanapun, bapa Aznil iaitu Haji Nawawi pula tidak melatah dan melihat teguran yang dibuat oleh Imam Besar Masjid Negara itu dari sudut positif.
“Engkau untung Nil. Engkau kerja macam ni, yang tegur engkau Imam Besar Masjid Negara tahu. Orang nombor satu tegur engkau tau tak? Jadi saya pun diam, dalam hati nak juga buat statement. Dah 3-4 hari, dia (hati) dah sejuk.”
Untuk rekod, teguran yang dibuat oleh Imam Besar Masjid Negara ketika itu disebabkan oleh Datuk Aznil Haji Nawawi mengendalikan program ‘Pop Kuiz’ di TV3.

1 month ago
78

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)