[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?

2 hours ago 2

Di Australia, suasana dalam senat tiba-tiba jadi tegang apabila seorang senator, Pauline Hanson, muncul dengan satu tindakan yang ramai anggap tak sensitif, memakai burka hitam penuh ketika sesi persidangan. Katanya ini “protes”, tapi bagi ramai ahli politik lain, ia sudah keterlaluan.

Hanson, yang mewakili parti anti-imigrasi One Nation, memang lama memperjuangkan cadangan untuk mengharamkan penutup muka penuh di tempat awam. Tapi selepas cubaan terbaharu beliau untuk memperkenalkan rang undang-undang itu ditolak lagi, beliau kembali ke dewan… dengan memakai burka.

@sbsnews_au

One Nation leader Pauline Hanson has forced the Senate to suspend after she reprised a burqa stunt from eight years ago. The Queensland senator was trying to table a motion to ban the burqa — a head-and-body covering predominantly worn by Muslim women in Afghanistan — on Monday afternoon, but the motion was not granted. Moments later, she returned to the Senate chamber to vote in a division, alongside Coalition and crossbench senators, wearing a black burqa, with her legs visible. Senators became outraged as Senate president in the chair, Slade Brockman, allowed the vote to proceed, with many using their minutes to call out the behaviour. Pauline Hanson criticised in Senate after wearing burqa again

♬ original sound – SBS News – SBS News

Dan dekat situ lah semuanya meletup.

Senator Mehreen Faruqi, seorang Muslim daripada parti Greens, terus mengecam perbuatan itu sebagai “racist dan jelas menghina”. Fatima Payman, senator bebas dari Western Australia, pula menyifatkannya sebagai “memalukan”.

Sampai ke tahap Menteri Luar, Penny Wong, membawa usul untuk mencela Hanson, satu tindakan rasmi sebagai teguran keras. Usul itu diluluskan dengan undian besar: 55 sokong, hanya 5 menentang. Dalam kenyataan itu, perbuatan Hanson dianggap cuba memperlekeh dan mempersendakan penganut Islam. Wong juga menegaskan tingkah laku sebegitu “tidak layak datang daripada seorang senator Australia”.

@reuters

Australian far-right senator Pauline Hanson sparked outrage after she wore a burqa to parliament, the second time she has used the head garment — which is worn by some Muslim women — as a political prop to push for a national ban during her career. #australia #poliitics #religion #islam #parliament

♬ original sound – Reuters – Reuters

Tapi Hanson tetap berkeras. Di Facebook, dia menulis:

“Kalau mereka tak nak saya pakai,  haramkan burka.” Seolah-olah mahu mengalihkan isu, sedangkan apa yang dipersoalkan ramai adalah niat dan mesej disebalik aksinya, bukan sekadar pakaian itu sendiri.

Ini bukan kali pertama dia buat begini. Pada 2017 pun Hanson pernah memakai burka di Parlimen dalam protes yang sama.

MURAI rasa…
Tindakan sebegini memang tak membantu. Bila isu sensitif disentuh dengan cara provokatif, ia bukan sahaja membuka ruang salah faham, tapi juga menyakiti komuniti yang terlibat. Perbincangan tentang undang-undang sepatutnya berlaku dengan hormat, fakta dan empati, bukan dengan aksi yang boleh melukakan banyak pihak.

Apa pun, penggantungan seminggu itu jadi tanda jelas bahawa majoriti dalam senat pun menganggap ia sudah melampaui batas.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |