Usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen istimewa ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka yang dianjurkan oleh usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, baru-baru ini.
Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, Iqbal dilihat menghadiahkan kasut buat kesemua anak-anak Datuk Aliff dan Datin Shahida iaitu, Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah, dan Luqman Al-Hakim.
“Lebih 15 tahun rupanya saya bersama keluarga ini, dulu waktu susah, saya kumpul duit bawakan aiskrim, buah rambutan kepada mereka semua sebab setiap kali datang ke rumah keluarga ini, pasti Datin Shahida masak sedap-sedap.
Saya tidak akan lupa orang-orang yang berjasa pada saya. Ingat kawan-kawan, kalau kita kenal orang yang berjaya serta sudi mendekati kita, jagalah hubungan baik dan jangan sesekali ambil kesempatan, kerana mereka adalah guru yang tak ada nilainya.”-kongsi Iqbal di Instagram
“Terharu Anak Orang Kaya Tidak Bermewah-Mewah…”
Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu melihat usahawan ini yang tidak melupakan jasa orang-orang sekeliling, malah ramai yang tersentuh melihat gelagat anak-anak Aliff Syukri yang sangat menghargai pemberian hadiah daripada orang lain biarpun mereka tinggal di dalam keluarga yang kaya-raya.
“Terharu anak orang kaya tidak bermewah-mewah. Dapat hadiah, mereka sangat menghargai.”
“Wahh hebatnya Abang Iqbal tidak pernah lupa jasa orang yang bersama-sama dengan abang dari susah sampailah dah berjaya.”
“Suka tengok anak-anak Dato sangat menghargai hadiah orang walaupun mereka lebih dari mampu.”
“Iqbal memang terbaik, tapi si Aliff ni tak malu cakap beli fake padahal dia kaya.”
“Dato Aliff ni walaupun dia lebih kaya dari Iqbal, tapi dia tetap bersyukur dapat kawan macam Iqbal dan semua family dia menghargai pemberian Iqbal, semoga Iqbal terus maju, dimurahkan rezeki dan selalu dalam lindungan Allah SWT.”
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.