“Jangan Masuk Campur Sampai Kita Pula…”-Zulin Aziz Tuju Pada Siapa?

5 hours ago 9

Pelakon, Zulin Aziz dilihat membuat perkongsian bersama peminat mengenai orang ramai untuk tidak masuk campur hal orang lain sehingga membuka aib.

Zulin Aziz, menerusi hantaran di Thread, menyifatkan menyebarkan aib orang lain hanyalah mendapat dosa besar kerana mengadu domba.

“Kita bukan baik, cuma Allah tutup aib kita. Sebab tu sayang-sayangku jangan masuk campur sampai kita pula susah payah sibuk hal orang, bantu buka aib orang.

Sebarkan aib orang hanya kerana kita juga rasa sakit bila orang yang kita suka disakiti. Tapi kita tetap orang luar. Kita juga ada ujian dalam hidup sendiri. Kita pun ada masalah sendiri.

Apa yang kita dapat? Kita tak dapat pahala pun. Dosa besar sebab mengadu domba. Ada banyak cara yang lebih baik tanda sokongan.”-tulis Zulin Aziz di Thread

Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!

Meskipun tidak memetik nama mana-mana individu yang dimaksudkan, netizen di ruangan komen seolah dapat meneka siapakah gerangan individu yang terlibat, malah ramai yang bersetuju dengan pendapat pelakon ini.

“Betul, saya setuju. Jangan berlebihan sangat walau kesian, jangan berlebihan sangat kalau tak suka. Bukan menyokong mana-mana. Moga selesai dengan baik semuanya.”

“Betul tiga-tiga takde follow satu sama lain. Tapi setiap kali sesape up mesti cepat dapat tahu. Yang paling berdosa tukang sampai. Sebab korang la benda ni jadi macam ni.”

“Setuju, bukan nak kata kita berlagak baik, tapi kita pun ada family. Kita semua ada aib sendiri. Kalau kita up dan sebarkan aib, kita sama-sama juga dapat dosanya.”

Apa komen anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |