Penyanyi rap dan personaliti media sosial, Caprice, tampil memberikan teguran kepada netizen Malaysia susulan isu panas yang melibatkan pergaduhan antara influencer terkenal, Cik Epal, dan isteri baru Jofliam, Dewi.
Dalam satu video yang dimuat naik ke Instagram, Caprice menegaskan bahawa pergaduhan di sosial media bukanlah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah, apatah lagi apabila melibatkan campur tangan orang luar yang hanya menambah kekusutan.
“Semua ni dah diluar kawalan, semua ni tak perlu pun gaduh kat sosial media ” ujar Caprice dengan tegas.
“This my personal advice Bro Jo…”
Caprice sempat menitipkan nasihat kepada Jofliam sebagai seorang lelaki.
“Sebagai lelaki, boleh je start new life with new wife. Bukan hang tak mampu..” pesan Caprice di Story Instagramnya
Beliau turut menasihatkan para netizen supaya bertenang dan tidak mengapi-apikan suasana. Menurutnya, sikap cepat menghukum dan berbalah di ruang terbuka hanya akan memburukkan lagi keadaan dan menunjukkan imej buruk masyarakat Malaysia. Perkara ini juga menjejaskan
Kesian anak-anak, harap peguam diorang aktif sikit

“Banyak lagi isu negara yang lebih besar boleh kita fokus, Cap harap peguam mereka ni tolong aktif sikit membantu” tambahnya lagi.
Caprice berharap netizen lebih matang dalam menggunakan media sosial, terutamanya apabila berdepan isu peribadi orang lain yang sepatutnya diselesaikan secara tertutup dan penuh hikmah.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.