Tak Mahu Sebumbung Dengan Mentua Punca Karisma Kapoor Batal Perkahwinan

9 hours ago 6

Karisma Kapoor dan Abhishek Bachchan pernah menjadi pasangan ikonik Bollywood yang digemari ramai pada akhir 90-an. Ianya seperti mimpi jadi kenyataan apabila kedua-duanya mengumumkan pertunangan mereka pada tahun 2002.

Pasangan ini telah menjalinkan hubungan selama lima tahun sebelum akhirnya mendapat restu ibu bapa untuk berkahwin. Tetapi malangnya, pada akhir tahun 2003, impian perkahwinan itu musnah.

Foto – Cinetales

Menurut beberapa laporan, perkahwinan antara Karisma dan Abhishek dibatalkan kerana Karisma tidak mahu tinggal serumah dengan mentua selepas berkahwin.

Foto – Times of India

Ini kerana Karisma mahu mempunyai rumah sendiri dan bukannya tinggal di rumah mentua, Jaya Bachchan dan Amitabh Bachchan, yang terletak di Jalsa.

“Abhishek boleh beli rumah agam di mana-mana sahaja di Mumbai dan Timbuktu. Tetapi itu tidak bermakna dia boleh tinggalkan Jalsa. Dia tidak akan tinggalkan rumah ibu bapanya”, kongsi sumber rapat keluarga Bachchan.

Foto – Black Hat Talent Solutions

Menurut sumber itu lagi, hubungan Karisma dan Abhishek menjadi renggang kerana Karisma dan ibunya mahu mereka tinggal jauh daripada rumah keluarga Bachchan selepas berkahwin. Bagi Abhishek, perkara itu tidak boleh dirunding.

Apa pendapat kamu?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |