[VIDEO] Gelagat Issac Raees Bergurau Dengan Zahirah Macwilson, Cuit Hati Peminat

2 weeks ago 27

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Isaac Raees yang sedang bergurau dengan ibunya iaitu Zahirah Macwilson dengan menggunakan ayat berbahasa inggeris dengan menggunakan loghat British.

@fansofisaacraees

😂😂 #isaacraees #aimanhakimridza #zahirahmacwilson #inararaisa

♬ original sound – Aiman Zahirah Isaac Inara – Aiman Zahirah Isaac Inara

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Isaac Raees merupakan seorang kanak kanak yang sangat kacak dan comel.

“first time aku puji budak budak tau sebab aku tak pernah lagi jumpa budak yang boleh buat aku puji tapi isaac ni memang comel”

“dah besar dah budak hensem ni”

“dimple tu macam mummy”

“hensem sangat ada lesung pipit”

“comel la kamu ni”

“wehh ijack dah bujang sangat ni, lama tak lalu fyp”

“comel sangat ni kalah papa dia”

“english fasih, melayu pun fasih bagus lah macam ni”

Info Tambahan, Nur Zahirah Macwilson binti Zainol Macwilson atau lebih dikenali dengan nama Zahirah Macwilson, merupakan seorang pelakon dan model dari Malaysia. Zahirah menjayakan beberapa drama televisyen yang melonjakkan namanya diperingkat yang lebih tinggi.

Zahirah kemudian berkahwin dengan pelakon lelaki Malaysia iaitu Aiman Hakim Ridza selepas sama-sama digandingkan bagi membintangi satu drama yang membuatkan hubungan mereka semakin akrab. Selepas setahun mereka mendirikan rumah tangga, kemudian mereka dikurniakan dua orang cahaya mata yang diberi nama Isaac Raees dan Inara Raisa.

Apa-apa pun, semoga Isaac Raees membesar menjadi anak soleh yang taat pada ibu bapanya. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.

Apa kata anda?

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |