Bersedia untuk tersentuh hati dengan sebuah kisah cinta melalui drama bersiri Cina terbaharu bertajuk “Smile to Life”, yang kini ditayangkan di TV2 dan RTMKlik mulai 4 November, setiap Isnin hingga Jumaat jam 6.00 petang.
Smile to Life: Cinta, Harapan dan Perjuangan Melawan Takdir
Diarahkan oleh Jiu Sui He, drama ini menampilkan lakonan mantap dari Chang Zhe Kuan, Mao Na, dan Shen Jiang.
Mereka bersama-sama menghidupkan kisah penuh emosi tentang ketabahan seorang gadis muda melawan penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) dimana penyakit yang perlahan-lahan melumpuhkan tubuhnya, tetapi bukan semangatnya.
Kisah Tentang Keberanian dan Ketabahan
via RTMWatak utama, Xu Duo Cheng (lakonan Mao Na), digambarkan sebagai gadis ceria, positif dan disenangi ramai.
Namun di sebalik senyuman dan keceriaannya, dia menyembunyikan rahsia besar dimana dirinya menghidap penyakit ALS, sejenis gangguan neurodegeneratif progresif yang memusnahkan sel saraf.
Penyakit ini menyebabkan pesakit kehilangan keupayaan untuk bergerak.
Walaupun tahu masa depannya tidak menentu, Xu Duo Cheng memilih untuk terus menikmati hidup, mencipta makna dalam setiap hari, dan memberi inspirasi kepada orang sekelilingnya.
Apabila Cinta Menyentuh Takdir
Segalanya berubah apabila Xu Duo Cheng bertemu Jiang Nan (lakonan Chang Zhe Kuan), seorang pemuzik berbakat yang jatuh cinta pandang pertama padanya.
Jiang Nan terpikat dengan keperibadian dan semangat gadis itu, tanpa mengetahui penderitaan sebenar yang disembunyikannya.
Namun apabila kebenaran terbongkar, cinta mereka diuji dengan realiti yang menyakitkan antara keikhlasan, pengorbanan, dan kesedaran bahawa masa bersama mungkin tidak lama.
“Smile to Life” bukan sekadar kisah cinta, tetapi cerminan kehidupan tentang menerima takdir dengan hati terbuka, tentang keberanian untuk terus tersenyum walaupun dunia terasa berat.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kisah yang pasti menggugah jiwa ini di TV2 dan RTMKlik setiap petang dan biarkan ia mengingatkan kita semua bahawa setiap senyuman mampu memberi makna, walau dalam saat paling sukar.

2 weeks ago
48

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)



































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
