MURAI kalau test phone baru, bukan jenis main-main. Bukan setakat tengok spec atas kertas, tapi betul-betul guna dalam hidup harian. Dari bangun pagi check WhatsApp group family, sampai la tengah malam scroll TikTok sambil tunggu gaji masuk.
Lepas seminggu pakai HONOR X9d 5G, ada satu benda yang MURAI boleh confirm, phone ini memang tahan macam hati orang bercinta jarak jauh. Bayangkan bateri 8,300mAh dia, sekali charge boleh tahan dua hari lebih, kadang rasa macam HONOR ini sebenarnya jual powerbank yang pandai bergambar. Bayangkan Batery 93% boleh guna 83 jam 39 minit, lebih kurang 3 hari lebih.

Belakang HONOR X9d 5G ini, MURAI dapat warna Reddish Brown. Serius, sekali pandang terus rasa macam kulit sofa import. Warna dia kaya, nampak mahal, siap ada aksen emas yang menambah vibe chic dan classy. Bila keluar letak atas meja mamak, terus nampak macam MURAI ini orang bisnes besar, padahal baru habis bayar bil TNB.

Lepas tu bab ketahanan, MURAI memang dah terbiasa phone selalu terjatuh dari meja. Biasanya terus rasa nak doa panjang. Tapi dengan rating IP69K ini, jatuh sikit-sikit memang tak hairan. Rasa macam ada insurans percuma dalam poket.
Jom tengok video di bawah, bagaimana ujian tahan lasak dilaksanakan.
Skrin AMOLED pula terang gila. Nak baca mesej Shopee tengah panas terik pun jelas, tak payah juling mata. Kamera 108MP dengan OIS pulak buat gambar pasar malam nampak macam photoshoot majalah. Walaupun kamera potret dia banyak bergantung pada AI, tapi jujur cakap, AI ini lagi pandai dari MURAI bab edit muka. Selfie nampak glowing padahal muka baru bangun tidur.

Dari segi prestasi, cip Snapdragon 6 Gen 4 ini memang steady. Main game takde sangkut, tengok drama tak buffering. OS dia MagicOS 9.0 pun smooth, siap ada AI assistant YOYO yang kononnya boleh jadi “kawan setia”. Tapi YOYO ni tak reti tolong bayar bil, tu je kekurangan dia.

Cuma ada la beberapa benda MURAI rasa kurang ngam, berat dia 193g, lama-lama pegang rasa macam angkat dumbbell pink kat gym. Lepas itu tiada slot kad memori, jadi kalau suka simpan gambar lauk setiap hari, kena pandai berjimat. Kemas kini OS pulak setakat 3 tahun je, jadi phone ni mungkin setia lama dari segi bateri, tapi software tak lama mana.
Tapi bila tengok balik harga RM1,499, MURAI rasa berbaloi. Nak cari phone yang tahan lasak, bateri panjang, kamera cun, dan nampak premium pada bajet orang kita, susah nak jumpa. Lagi-lagi dengan warna-warna stylo macam Reddish Brown dan Sunrise Gold, nampak macam phone orang kaya.
Selepas seminggu guna, MURAI boleh simpulkan: HONOR X9d 5G ni bukan phone biasa-biasa. Kalau kalian rider, pekerja tapak bina, student bajet ketat, atau geng yang suka phone tahan lama, ini memang pilihan padu.
Senang cerita, kalau poket kering hujung bulan, at least phone ni tak kering bateri.

1 month ago
63

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)