Raja Muda Selangor Berkenan Cemar Duli Pusingan Akhir Liga SAY ASPIRE Edisi Ke-7

7 hours ago 8

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, berkenan mencemar duli mengurniakan anugerah kepada 5 pemenang Pusingan Akhir Liga Usahawan Eksport Selangor (SAY ASPIRE) Edisi Ketujuh. 

SAY ASPIRE ialah sebuah inisiatif Selangor Youth Community (SAY) bertujuan memacu usahawan tempatan ke pasaran antarabangsa menerusi bimbingan strategi eksport, pematuhan standard global, dan rangkaian perniagaan strategik.

Majlis ini mengiktiraf lima usahawan terbaik menerusi pembentangan pelan perniagaan, yang mana para pemenang menerima geran pembangunan, akses kepada pameran antarabangsa, program mentoring eksklusif, serta peluang jalinan kerjasama dengan agensi kerajaan, dewan-dewan perniagaan, dan badan korporat. 

SAY ASPIRE Komitmen Berterusan DYTM Raja Muda Selangor

Penganjuran SAY ASPIRE Edisi Ketujuh ini juga membuktikan komitmen berterusan DYTM Raja Muda Selangor dan pihak SAY dalam melahirkan generasi usahawan tempatan yang berdaya saing, berdaya tahan, serta mampu memberi sumbangan berimpak tinggi kepada pertumbuhan ekonomi negeri Selangor dan negara secara keseluruhannya.

Program ini juga mendapat kerjasama yang sangat menggalakkan dari Kerajaan Negeri Selangor melalui EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan serta MATRADE yang menjadi rakan strategik bagi program SAY ASPIRE. Untuk makluman, sebanyak 10 syarikat telah terpilih untuk bersaing hari ini dalam Pusingan Akhir Liga Usahawan Eksport (SAY ASPIRE) Edisi Ketujuh. 

Pemenang SAY ASPIRE Ke-7

Sesi pembentangan pada hari ini telah dinilai oleh panel lima orang penel juri yang terdiri daripada ketua jabatan kerajaan dan pemain industri terkemuka. Barisan juri bagi Pusingan Akhir Liga Usahawan Eksport (SAY ASPIRE) 2026 adalah: 

  • DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor
  • YB Tuan Mohd Najwan Halimi, EXCO Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor
  • YBrs. Puan Nujaimatu’l-‘Aliah binti Mohd Jais, Timbalan Pengarah, Seksyen Sektoral, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN)
  • YBrs. Encik Mansor Shah Bin Wahid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan Eksport), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)
  • YBrs. Puan Low Ngai Yuen, Pengarah Urusan, Aeon 360 Sdn. Bhd.

Pemenang: 

  • Tempat Pertama: RHJ TIJARAH SDN BHD 
  • Tempat Kedua: HOKIDO SHOP ENTERPRISE 
  • Tempat Ketiga: DATAVERSE SDN BHD 

Pemenang  bagi pusingan akhir Liga Usahawan Eksport (SAY ASPIRE) Edisi Ketujuh akan menerima geran bernilai RM10,000 (tempat pertama), RM7000 (tempat kedua) dan RM5000 (tempat ketiga).

Pada masa yang sama, pemenang-pemenang ini akan ditaja lawatan pasaran ke negara terpilih untuk tujuan promosi dan rundingan perniagaan, SAY ASPIRE+ (sesi mentoring eksklusif), booth perniagaan percuma di Malaysia Halal Showcase- MIHAS bernilai RM10,000 untuk tiga pemenang. Mereka juga berpotensi untuk bekerjasama dan mempunyai akses terus kepada agensi kerajaan (MATRADE), menerima trofi dan sijil penyertaan.

Thumbs

Thumbs

2

Hearts

Hearts

4

Haha

Haha

4

Star

Star

3

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |