Mengangkat kisah wanita buta yang menemui cinta melalui rasa, Usanita Entertainment Sdn Bhd menghadiahkan sebuah naskhah telefilem terbaharu buat peminat bertajuk Saling Tak terlihat arahan pengarah hebat, Izuan Mokhtar yang bakal menemui penonton pada 6 November 2025, jam 9 malam.
Dibarisi Pelakon Hebat

Telefilem ini diterbitkan di bawah jenama UTV milik Usanita Group yang diketuai oleh Presiden UTV merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Group, Datuk Adzliana Hasan dan menghimpunkan barisan pelakon hebat tanah air termasuk Remy Ishak, Nora Danish, Fattah Amin, Alicia Amin, Ummie Aida, Aleza Shadan dan Raja Azmi.
Mengangkat tema cinta, kehilangan serta semangat untuk bangkit semula, Saling Tak Terlihat menawarkan kisah yang menyentuh hati dengan sentuhan sinematik menawan berlatar belakangkan keindahan Auckland, New Zealand.
Gandingan Semula Remy Ishak & Nora Danish

Menariknya, Saling Tak Terlihat juga menandakan gandingan semula antara Remy Ishak dan Nora Danish, dua pelakon popular yang kali terakhir digandingkan beberapa tahun lalu.
“Remy dan Nora masing-masing mempunyai kehebatan tersendiri. Saya tahu kemampuan lakonan mereka dan kali ini saya beri ruang untuk mereka tampil lebih matang dan mendalam.
Telefilem ini sedikit berat dari segi emosi, berbanding telefilem Poskad Cinta Dari Auckland,” kata pengarah, Izuan Mokhtar
Penggambaran Selama 9 Hari Di Malaysia & Auckland

Menurut pengarah, Izuan Mokhtar, telefilem ini menjalani penggambaran selama sembilan hari yang mana dua hari di Malaysia dan tujuh hari di Auckland. Pengalaman itu memberikan cabaran tersendiri dari segi logistik, cuaca dan penyusunan semula jalan cerita.
“Sebenarnya idea asal telefilem ini saya rancang untuk menjalani penggambaran di Morocco. Saya sudah buat tinjauan ke Tunisia, Marrakesh dan Casablanca.
Tapi akhirnya kami ubah lokasi ke New Zealand kerana faktor logistik dan visual yang lebih sesuai dengan naratif baharu.”-kata Izuan
Sinopsis
Kisah bermula apabila Ghaz (Remy Ishak) kehilangan ibunya, seorang cef terkenal yang mengusahakan restoran milik keluarga. Sebagai seorang cef, Ghaz hilang arah apabila masakannya tidak lagi mampu menandingi sentuhan ibunya.
Dalam usaha mencari ketenangan dan inspirasi baharu, Ghaz membawa diri ke Auckland, New Zealand, bersama adiknya dan rakan sekerja (lakonan Fattah Amin dan Alicia Amin).
Di sana, pertemuannya dengan Safera (Nora Danish), seorang gadis buta yang mengubah perjalanan hidupnya. Safera menjadi sumber inspirasi dan semangat untuk Ghaz kembali mengejar impiannya. Namun, salah faham antara mereka memisahkan cinta yang baru berputik.
Telefilem ini akan disiarkan pada 6 November 2025, jam 9 malam, eksklusif di platform UTV.
Malah, Jadikan Aku Nadi Hidupmu menjadi runut bunyi (OST) bagi telefilem ini. Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Ajai itu dipersembahkan oleh Lah Ahmad yang cukup dikenali dengan kekuatan vokal dan emosi dalam menyampaikan lagu.

2 weeks ago
36

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)



































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
