Pelakon, Sweet Qismina terus mencipta sejarah apabila merangkul trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada Asean International Film Festival and Awards (AIFFA) 2025 di Kuching, Sarawak pada Ahad.
Sweet Sememangnya Layak
Memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Babah, aktor gandingannya Qi Razali di Instagram, menyifatkan Sweet Qismina sememangnya layak dan yang terbaik di Asia.
“Sememangnya layak, terbaik di Asia. Alhamdullillah. You did it Maya!! Eh???🤣🤣🤣.”-tulis Qi Razali di Instagram
“Dia Jujur Dalam Seninya, Sangat Berdisiplin,Dan Sangat Bekerja Keras…”

Tambah Qi, dia akui sangat bangga dengan pencapaian Sweet yang sangat jujur dan bekerja keras dalam seninya yang tersendiri selain merasa bertuah kerana dapat berada dalam naskhah yang sama dengannya iaitu filem Babah.
“Sejujur-jujurnya, aku bangga dengan pencapaian Sweet Qismina seperti Babah yang bangga dengan kejayaan anaknya.
Usaha dan pengorbanan yang dilalui telah meletakannya sebagai satu-satunya calon mewakili Malaysia di dalam AIFFA baru-baru ini dan saya menjadi saksi kepada kelahiran seorang pelakon yang bakal menerajui dunia perfileman tanah air.
Dia jujur dalam seninya, sangat berdisiplin dan sangat bekerja keras.
Senang untuk bekerjasama dan dia meletakkan jiwanya ke dalam setiap usahanya. Saya bertuah berada di dalam naskah yang sama dengannya.”-kongsi Qi lagi
Sementara itu, pemenang Pelakon Lelaki Terbaik FFM34 ini berpendapat pencalonannya sebagai satu-satunya pelakon Malaysia dalam top 5 peringkat ASEAN merupakan satu kejayaan besar buat dirinya.
Sekadar info, Qi Razali sebelum ini berjaya merangkul Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik FFM34 untuk lakonannya dalam filem Babah. Kejayaan ini dikongsi bersama pelakon gandingannya, Sweet Qismina yang memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di FFM34 untuk filem yang sama.
Apa komen anda?

2 months ago
116


![[VIDEO] Penampilan Terkini Rihanna Buat Peminat Tergamam- “Mengandung Lagi?!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/4-12.webp)












![[VIDEO] “Akan Bubar?!”- Reaksi Ahli BLACKPINK Di Konsert Terakhir Cetus Spekulasi](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/7-5.webp)
![[VIDEO] ZUS Coffee Versi Pantai: Spot Lepak Paling ‘Dreamy’ Buat Kaki Healing](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/zus-coffee-1.webp)


















![[VIDEO] Isaac Raees Teruja Dapat Tengok Binatang Di Zoo Taiping-“Jenuh Nak Layan 2 Anak”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-17.jpg)





![[VIDEO] Ayah Amira Othman Hadiahkan Alunan Piano Di Majlis Resepsi Perkahwinannya..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-16.jpg)



![[VIDEO] Heliza & Hazwani Helmi Dedah Layanan Kejam Ketika Diculik Tentera ‘Israhell’!-“Terpaksa Minum Air Tandas…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/img_6679.jpg)



