Shah Rukh Khan terkenal dengan kerjaya lakonanya yang cemerlang. Namun, tiada siapa sangka bahawa King of Bollywood ini pernah dipenjara pada tahun 1992.
Kalau kamu nak tahu, kejadian itu berlaku disebabkan Shah Rukh tidak puas hati apabila ada wartawan yang melaporkan kisah mengenai hubungan sulitnya. Akibatnya, dia telah menganggu dan mengugut wartawan itu sebelum dipenjarakan.
Pada tahun 1992, Shah Rukh ditangkap dan dipenjarakan selepas dia menganggu dan mengugut seorang wartawan yang menulis cerita palsu mengenai hubungan dengan aktres Deepa Sahi. Cerita palsu itu tersebar selepas, kedua-dua pelakon ini merakam adegan dewasa untuk filem ‘Maya Memsaab’.
Foto – SRK ADDICTS (FB)Menerusi sebuah temu bual, pelakon Shah Rukh mendedahkan bahawa dia ditangkap polis sehari selepas dia berasa jengkel dan mengugut wartawan itu dengan keganasan.
“Saya rasa sangat terganggu dengan berita palsu itu dan saya ketika itu pelakon baru. Saya pernah bertindak balas terhadap setiap berita yang keluar. Nasib baik ketika itu tidak ada media sosial.”
“Mereka letak wajah saya di muka depan majalah dan menulis bahawa saya berlaku intim dengan rakan aktres saya. Saya sangat marah dan menghubungi editor akhbar itu dan saya meminta dia untuk menurunkan berita itu. Dia berkata itu hanya gurauan dan saya terus ke pejabatnya.”
Sejak daripada itu, Shah Rukh mengakui bahawa dia sering mengunjungi pejabat akhbar itu dan terus menganggu mereka. Tak lama selepas itu, polis tiba untuk membawanya ke balai.
“Tidak, tolong! Lepaskan saya. Saya berjanji saya tidak akan melakukan ini lagi.”
King of Bollywood, Shah Rukh Khan juga berkongsi bahawa selepas dia ditempatkan dalam sel penjara kecil yang penuh dengan najis manusia, dia merayu untuk dilepaskan. Polis akhirnya bersetuju dan meminta tandatangannya sebagai cenderahati.

3 months ago
107








![[VIDEO] “Akan Bubar?!”- Reaksi Ahli BLACKPINK Di Konsert Terakhir Cetus Spekulasi](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/7-5.webp)
![[VIDEO] ZUS Coffee Versi Pantai: Spot Lepak Paling ‘Dreamy’ Buat Kaki Healing](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/zus-coffee-1.webp)

























![[VIDEO] Isaac Raees Teruja Dapat Tengok Binatang Di Zoo Taiping-“Jenuh Nak Layan 2 Anak”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-17.jpg)






![[VIDEO] Ayah Amira Othman Hadiahkan Alunan Piano Di Majlis Resepsi Perkahwinannya..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-16.jpg)



![[VIDEO] Heliza & Hazwani Helmi Dedah Layanan Kejam Ketika Diculik Tentera ‘Israhell’!-“Terpaksa Minum Air Tandas…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/img_6679.jpg)


