Suami kepada salah seorang pelakon dan aktivis Global Sumud Flotilla, Ardell Aryana iaitu Nadzmi Adhwa mengenangkan nasib yang menimpa isterinya selepas kapal yang dinaiki Ardell dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) telah dipintas oleh tentera ‘Israhell’ ketika dalam perjalanan ke Gaza di perairan antarabangsa.
Nadzmi Adhwa menerusi hantaran di Thread, turut menitipkan doa agar kesemua yang terlibat dalam misi kemanusiaan tersebut dapat bertahan dan pulang ke tanah air.
“Apa lah awak tengah rasa ya? Semoga Allah berikan kekuatan pada semua untuk bertahan. Pulang pada kami.”-tulis Nadzmi di Thread

Dibanjiri Doa Netizen
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak dengan hantaran Nadzmi, malah ramai yang menitipkan doa untuk keselamatan para sukarelawan dan aktivis terlibat.
“Kenapa aku baca ni pun boleh nangis..”
“Kami doakan untuk kesemua pasukan GSF. Itu je kami mampu untuk sekarang.”
“InsyaAllah Ardell okay. Dia kuat. Kau pun kena kuat. Sabar ye.”
“Kalau Ardell boleh balas mesti Ardell akan cakap saya okay jangan risau, awak jaga diri kekal tenang. Ardell betul-betul kuat apa jadi terus mara tanpa gentar. Kita doakan cepat diorang dibebaskan dan pulang ke pangkuan keluarga Aaamin.”
“Sedih laa. Ya Allah di hari Jumaat yang penuh barokah ini. Kau permudahkan segala urusan mereka semua aktivis GSF, dan jangan kau persulitkan Ya Allah. Kau hancurkan pakatan Israhell sehancur-hancurnya seperti debu yang berterbangan, Aaamin ya Allah.”
Setakat 7.50 pagi waktu Malaysia semalam, seramai 12 rakyat Malaysia dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) selepas kapal mereka dipintas.
Mereka termasuklah penyanyi Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah, yang menaiki kapal Hio, Nurfarahin Romli dan Danish Nazran Murad (kapal Grande Blu), penyanyi Zizi Kirana (kapal Huga), Musa Nuwayri, Iylia Balqis dan Sul Aidil (kapal Alma), serta Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiduddin dan Rusydi Ramli (kapal Sirius).

1 month ago
59

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)