Misteri Kepala Medusa Mengiring ‘Disembunyikan’ Di Bawah Hagia Sophia Selama 1,500 Tahun

2 days ago 12

Bulan November 2025 lalu, Istanbul menyambut rombongan media Malaysia dengan tangan terbuka… dan sedikit kabus misteri. Kami tiba dengan penerbangan sulung AirAsiaX ke Istanbul, hasil kerjasama bersama GoTurkiye. Dengan penerbangan tiga kali seminggu, rakyat Malaysia kini boleh ke Istanbul tanpa rasa seperti Sherlock Holmes yang tersesat mencari jalan dari transit.

Boleh baca artikel di pautan untuk pengalaman terbang ke Istanbul bersama AirAsiaX.

Plot Twist Lebih 11 Jam Dalam AirAsiaX Menuju Istanbul: Tiket Murah Tapi Apa Yang Tak Kena?

Tapi siapa sangka, pengembaraan sebenar bermula bukan di jalan raya atau bazaar, tapi di bawah tanah di Basilica Cistern, tangki air raksasa yang sejuk, gelap, dan penuh misteri, dibina pada abad ke-6 semasa Empayar Byzantine.

Menuruni tangga ke bawah cistern, suasana hampir surreal: cahaya samar-samar, gema langkah kaki, dan bunyi titisan air membuatkan sesetengah dari kami menahan nafas tapi dalam hati berkata, “Ingatkan tempat ni berbau busuk, rupanya tidak…”. Dan kemudian… kami terpinga-pinga melihat dua tiang dengan kepala Medusa sebagai tapak sokongan.

Siapakah Medusa?

Bagi yang belum kenal, Medusa adalah makhluk mitos Greek: Gorgon berambut ular yang pandangannya mampu menukar sesiapa sahaja menjadi batu. Jadi, ya… jika anda rasa kepala itu memandang anda, jangan risau , mungkin hanya imaginasi anda… atau mungkin tidak. Kepala Medusa di cistern dipercayai diambil dari runtuhan Rom purba, dan diletakkan terbalik atau mengiring. Kenapa? Supaya pandangan batu-batu itu tak buat kita ‘menjadi batu’, atau sekadar tukang binaan Byzantine rasa kreatif pada hari itu.

foto: @phicarman

Seorang wartawan Malaysia dengan nada dramatik berkata, “Nasib baik dia terbalik, kalau tak jadi si tanggang kat sini”. Reaksi sebegini spontan muncul berulang kali sepanjang lawatan, kerana misteri dan sedikit seram bercampur humor memang sukar dielakkan di cistern ini.

Mengintai Sejarah & Budaya Istanbul

Basilica Cistern bukan sekadar tempat untuk takut-takut. Ia juga sejarah hidup. 336 tiang marmar, air yang memantulkan cahaya seperti cermin, dan bunyi titisan yang membuat anda rasa sedang menjejak cerita dari abad ke-6. Rombongan media turut menjejak Hagia Sophia dan kawasan sekitarnya, merasai denyut budaya dan kisah Istanbul, sambil menahan diri dari tersesat di lorong bawah tanah.

Foto: @phicarman

Kerjasama AirAsiaX & GoTurkiye memudahkan pengalaman ini. Dengan penerbangan tiga kali seminggu, lawatan lebih fleksibel, dan masa untuk menikmati Istanbul dengan tenang. Malah, ada yang sempat berjenaka: “Kalau Medusa boleh hidup semula, harap dia naik AirAsia juga, baru meriah!”

Bagi rombongan, lawatan ke Basilica Cistern bukan sekadar menatap sejarah. Ia pengalaman misteri yang mengasyikkan, sambil sesekali tertawa melihat rakan sekerja cuba mengelak pandangan Medusa. Setiap sudut, dari kepala Medusa hingga permukaan air yang berkilau, membawa kami ke dunia di mana mitos dan sejarah bertemu, dan Istanbul terasa lebih hidup, lebih misteri, dan sedikit lucu pada masa yang sama.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |