Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi mencadangkan agar kisah perjuangan rakyat Palestin dijadikan sebahagian daripada silibus pendidikan di sekolah bagi menanam kesedaran kemanusiaan sejak usia muda. Heliza atau nama penuhnya Nur Heliza Helmi, 39, berkata langkah itu bukan sahaja membuka mata generasi baharu tentang erti perjuangan dan kemanusiaan, malah mendidik mereka menghargai keamanan serta memahami penderitaan rakyat tertindas.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Malaysia kerana terus konsisten mengangkat isu Palestin. Saya berharap selepas ini kisah Palestin dapat dimasukkan dalam silibus pembelajaran anak-anak kita. Biar mereka faham sejak kecil apa makna perjuangan dan erti kemanusiaan sebenar,” katanya ketika berucap dalam Himpunan Solidariti bersama Gaza yang berlangsung penuh emosi di ibu negara malam tadi.
Menurut pelantun lagu Jom Zikir itu, usaha memperkenalkan pendidikan kemanusiaan di peringkat awal mampu melahirkan masyarakat yang lebih peka terhadap isu sejagat dan tidak leka dengan keselesaan sendiri. Bagi Heliza, pendidikan adalah senjata paling kuat dalam membentuk empati, keprihatinan dan semangat solidariti terhadap mereka yang ditindas.
Dalam ucapannya, Heliza turut berkongsi pengalaman ngeri sewaktu menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza bersama adiknya, Hazwani Helmi, dan aktivis kemanusiaan terkenal, Farah Lee. Kisah benar yang disampaikannya tentang detik ditahan dan dilayan dengan kejam oleh tentera Israel mengundang sebak hadirin.

Laungan lantang “Free, free Palestine!” bergema dalam dewan sebagai tanda solidariti ribuan rakyat Malaysia yang hadir, membuktikan semangat kemanusiaan masih menebal dalam jiwa masyarakat negara ini. Ucapan Heliza turut mencetuskan rasa bangga apabila ramai menyokong cadangannya untuk memperkenalkan kisah perjuangan Palestin di peringkat pendidikan formal sebagai usaha jangka panjang membentuk kesedaran global.
Turut berkongsi pentas malam itu ialah beberapa aktivis GSF Malaysia antaranya penyanyi Zizi Kirana, pelakon Ardell Aryana, pendakwah PU Rahmat, Ustaz Mad Kecik, dan pejuang kemanusiaan, Nadir Al-Nuri.
Majlis bersejarah tersebut turut disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama barisan menteri kabinet termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Nai’im Mokhtar, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, serta Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Centre (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby.

Heliza menutup ucapannya dengan pesanan penuh makna bahawa perjuangan menegakkan kemanusiaan tidak hanya dilakukan di medan peperangan, tetapi juga melalui ilmu dan kesedaran yang disemai dalam jiwa anak-anak sejak di bangku sekolah kerana dari sanalah lahir generasi yang akan terus menyambung perjuangan membela Palestin.

1 month ago
87

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)

![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)
